MIMPI KE BINTANG TV2

Di Sepanjang Riwayat Omar Hashim Omara

Khamis, September 18, 2008

Album Good Way Radio Kumpulan Pak Kojek

Album keluaran Omara ini mengandungi sketsa dan lagu-lagu jenaka.
Terbitan: Omar M. Hashim Production (Omara)
Penerbit Eksekutif: Omar M. Hashim
Penerbit: Omara dan Chick
Tahun: 1997
Artis: Chop (Pak Kojek), Liza (Rosliza Husein dan Chick (Rosely Abdullah)
Artis pembantu: Omara, Dino, Rahim Dalmia, Sharifah, Man Good By, Diana, Mahmud Samad, Etong dan Pian
Studio: Fame Production, Penang
Muzik: Boy Raj
Jururakam: Mark & Jino
Rekabentuk: Sham & Mie
Edaran: Goodstyle Enterprise Sdn. Bbd. Cheras, Kuala Lumpur.

Isnin, September 15, 2008

Majlis Perkahwinan Asyadi


8 September 2003. Hari perkahwinan Muhammad Asyadi bin Omar dan Norizah bte Abdullah. Di rumah No. 14, Lorong Lampam 3, Seberang Jaya, Seberang Perai.
Gambar 1: Hussein, L. Ramli, Omara, Omar, Chick, Chop dan YB. Dr Radin Mohamad Amin Radin Haji Hadi Munir (Dun Seberang Jaya 1999).
Gambar 2: Azizah, Asyadi, Norizah, Omar, Auni, Asymawi dan Asnurrani

Jumaat, September 12, 2008

TV9 Nasi Lemak Kopi O

Jumaat 20 Jun 2008 di TV9 rancangan Nasi Lemak Kopi O. Pengacara Aziz Desa dan Mek. Bercakap mengenai 'BORIA'.

Menulis Lirik Lagu Tema dan Karangan Boria Teater Belalang Kenit

Menulis lirik lagu tema dan karangan boria untuk Teater Belalang Kenit yang dipentaskan di Auditorium P. Ramlee Pulau Pinang pada 1,2,3 & 4 Ogos 2008.

KARANGAN BORIA SEMUT

Kami bekerja, macam tentera
Tanpa bertangguh, semua segera
Hidup bahagia, riang gembira
Satu tujuan, satu suara

Jalan jalan, cari makanan
Semua anggota, punya peranan
Makanan sarat, kiri dan kanan
Hasil banyak, dalam simpanan

Terima kasih kepada pengarahnya Veera Masura dan semua yang menjayakan teater kanak-kanak ini.

Khamis, September 11, 2008

Kumpulan Senibudaya Dan Drama Rakyat (KUDRAT) Seberang Perai

1983. Aktif dalam KUDRAT (Kumpulan Senibudaya Dan Drama Rakyat Seberang Perai). : Antara dalam gambar ini ialah -

Suhaimi, Abu Osman Sirun, Asrul, Miskin (Muskim), Yusof Mat, Mat Isa Saleh, Zaidi, Saad dan saya (Omar) selaku Yang DiPertua. Gambar ini diambil selepas tamat buat persembahan.

Saya terpilih menjadi Yang DiPertua KUDRAT selepas Abdullah Ismail yang bertugas sebagai Wartawan Berita Harian meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Selangor dalam tahun 80an.

Selasa, September 09, 2008

Pengambaran Bicara Legenda bersama Yusnof Ef

Ogos 2006. Menguruskan pengambaran Bicara Legenda untuk Astro terbitan YKNA yang diarahkan oleh Penulis lirik terkenal Yusnor Ef dari Singapura.
1. Bintang Legenda Nordin Ahmad
2. Bintang Legenda M. Zain
3. Bintang Legenda Ahmad Nisfu
4. Penyanyi 50an Dato Zainal Alam
5. Boria Budayasari

Kelihatan abang Allahyarham Nordin Ahmad, Encik Sidek Ahmad sedang ditemuramah oleh Yusnor Ef di Sungai Dua, Seberang Perai.

Ahad, September 07, 2008

Mula Tinggal di Kuala Lumpur Tahun 1973




Bulan Mei Tahun 1973. Bersama-sama dengan Najib, rakan sekelas berhijrah ke Kuala Lumpur. Kami sama-sama bekerja di Ibu Pejabat Telekom Malaysia. Tinggal selama tiga bulan di Berek Polis Jalan Aman, Kuala Lumpur. Mula-mula dengan keluarga Mak Tam dan Pak Chik Rahmat selama sebulan. Kemudian tinggal di rumah kosong berek polis tersebut selama dua bulan.

Sabtu, September 06, 2008

Album Medley Pak Man Telo

Album Medley Pak Man Telo ini dijadikan cd dari album M. Shariff Dan Pak Man Telo keluaran Omar M. Hashim Production (OMARA) Pulau Pinang.
Pengeluar: Omar M. Hashim
Penerbit eksekutif: Omar M. Hashim
Penerbit: M. Shariff
Muzik: The Zurah II
Tahun: 1992


Sijit Tamat Pelajaran Sekolah Rendah



Sijil Tamat Pelajaran Sekolah Rendah

Sekolah Kebangsaan Bagan Tuan Kechil, Butterwroth, P. Pinang

Tarikh masuk: Januari 1961

Tarikh keluar: 2hb. Disember 1966

Nama-nama guru yang masih ingat: Ismail Ngah Salam (guru besar), Cikgu Mat Isa (guru darjah 1), Cikgu Sulaiman (guru darjah 2), Cikgu Fatimah (guru darjah 4), Cikgu Yahaya (guru darjah 5), Cikgu Nordin Md. Nuri (guru darjah 6). Guru bahasa Inggeris Mr. Lim dan kerani sekolah Encik Ramli.


Panel Juri Festival Boria Pemuda 2007





Dilantik sebagai panel juri Festival Boria Pemuda 2007. Ketua Juri - YBhg. Dato' Basir Ahmad, Sketsa - Kamaruddin Haniffah, Muzik - Ahmad Ramli, Rangkap Karangan - Omar M. Hashim dan Gerak/Tari/Kostum/Persembahan Keseluruhan - Yusof Halmi Mohamad.

Omar terima cenderamata juri dari Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.

Jumaat, September 05, 2008

Di Genting Highland Mei 2008


Di Genting Highland bersama keluarga. Azizah, Asnurrani, Norizah (menantu), Asymawi dan Amsyar (Mei 2008)

Piee dan Maidin * Ali Mamak dan Abon

Kirib bersama Ali Mamak dan Abon * Kanan bersama Piee dan Maidin


Sketsa boria Kumpulan Mamu Tanjung




Kanan: Persembahan sketsa boria Kumpulan Mamu Tanjung di Pesta Seni Budaya Rakyat Pulau Pinang, Tanjung Tokong, Pulau Pinang. Watak pelancong Jepun melawat Pulau Pinang.


Kiri: Persembahan di tempat yang sama - watak pelancong Arab melawat Pulau Pinang.

Pesta Pantai Butterworth

Terima cenderamata dari Pelawak A.R. Badul kerana terlibat sebagai urusetia Pesta Pantai Butterworth tahun 80an yang di adakan di Pantai Bersih, Bagan Ajam, Butterworth.

Dari kiri: Mansur Darus (Pengacara), A.R. Badul dan di belakang ialah Hasnah (kalau tak silap).

Kawan kawan masa kerja Telekom di Kuala Lumpur


Sewaktu bertugas di Jabatan Telekom Bahagian Kewangan Dan Akaun, Di Bukit Mahkamah Kuala Lumpur tahun 1973. Antara nama yang saya masih ingat ialah: Hadi Abdul Rahman, Azizah (kalau tak silap) dan Ghazali.
Maaf, nama lain dah lupa.

Ahli KUDRAT di Majlis Tahlil P. Ramlee Saloma

Ahli-ahli Kumpulan Senibudaya Dan Drama Rakyat (KUDRAT) Seberang Perai di Majlis Tahlil Allahyarham P. Ramlee dan Saloma yang diadakan di Dewan Bandaran Butterworth tahun 1985. Antara nama yang saya ingat dalam gambar ini ialah: Yusof Mat, Jamal Mohammad (Razak), Suhaimi, Wahab Ishak, Asrul, Mat Isa Salleh, Ari, Abu Osman Sirun, Yusof M. Hashim, Mahadir, Yusof Hussein, Nasir P. Ramlee, Miskin Darus, L. Ramlee, Zaleha, Wan dan Omar M. Hashim (Yang Dipertua KUDRAT).