Ahad, Mac 01, 2009

MALAM RAMPAI SENI 70AN ANJURAN KELUARGA REJABHAD


MALAM RAMPAI SENI DI TAHUN 70an (tak ingat tahun sebenar). Atas usaha Kartunis Rejab Had bersama keluarganya Nuruddin Had, Kasa Had, Siraj Had dan bapanya sendiri Pak Had (kami menggelarkan mereka Keluarga Had Sdn. Bhd.) telah menganjurkan acara ini bertempat di perkarangan rumah Pak Had di Kampung Titi Timbul, Bagan Serai, Permatang Pauh, Seberang Perai.

Baru-baru ini sahabat saya Mohd. Ismail Ariffin juga telah mengirimkan beberapa gambar di majlis ini. Terima kasih Mail. Kita cari balik kawan-kawan lama yang menghilang entah kemana. Jika ada sesiapa yang saya tidak sebutkan nama di bawah ini sila hubungi saya (maaf dah terlupa nama).

Ramai ahli-ahli seni utara yang hadir dan mengambil bahagian; antaranya yang saya masih ingat dalam gambar ini ialah -

Berdiri dari Kiri - 1. Nuruddin Had (pengacara). 2.? 3? 4? 5? 6? 7? 8. A. Norry Ahmy (Penulis Kerian). 9.? 10.? 11. Pena Mutiara (Penulis Perak). 12. SirajHad (Penyaer) 13. ? 14?
Duduk dari kiri - 1. Cikgu Bahar (Penggiat Budaya) 2.? 3. Mohd. Ismail Ariffin (Penulis Skrip), 4. Kasa Had (Pemain muzik) 5. Omar M. Hashim (saya sendiri). 6.? 7.? 8. RejabHad (Kartunis).

3 ulasan:

  1. aslammualaikum..
    waktu kecil saya pernah lihat gambar ni, tapi saya tidak thu cerita disebalik sekeping gambar ini.. saya rasa bertuah, kerana saya tahu sejarah keluarga saya... adakah datuk saya (pak had) berada didalam gambar tersebut.??

    BalasPadam
  2. aslammualaikum..
    waktu kecil saya pernah lihat gambar ni, tapi saya tidak thu cerita disebalik sekeping gambar ini.. saya rasa bertuah, kerana saya tahu sejarah keluarga saya... adakah datuk saya (pak had) berada didalam gambar tersebut.??

    BalasPadam
  3. Waalaikumsalam Zhafry ChinOni,
    Tkasih kerana sudi membaca blog saya ni. Dalam gambar ni tak ada gambar Pak Had, tapi saya ada lagi beberapa keping gambar lain yang terdapat gambar Pak Had. Nanti saya cari dan kalau dapat saya akan masukkan lagi dalam artikel ini.

    BalasPadam