Tanggal 3.3.1977, ketika usia saya 22 tahun 11 bulan, maka saya pun diijab kabulkan dengan seorang gadis bernama Azizah binti Osman sebagai isteri yang sah. Majlis akan nikah ini berlangsung di rumah pengantin perempuan di Kampung Belah Dua, Permatang Pauh, Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang. Rumah saya pula letaknya di Kampung Tok Panjang, Bukit Tengah, Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang iaitu lebih kurang satu kilometer lebih sahaja. Tapi tak pernah kenal di antara satu sama lain dan tak pernah tengok pun. Selepas selesai akad nikah barulah dibawa berjumpa pasangan isteri, tapi tak tengok muka juga... malu depan orang ramai! Bila gambar siap, barulah tengok mukanya. Tu dia!
Gambar sekitar upacara Majlis Akad Nikah. Foto oleh - Yusof M. Hashim
Tiada ulasan:
Catat Ulasan