Isnin, Mei 25, 2009
Mari Kita Doakan Kesihatan Datuk Aziz Sattar Pulih
"...Wslm, dh 2mnggu x sihat dmm ok x ok hr selasa lps msuk hsptl ampang putri n hr sabtu blk rmh sbb sakit perut,sy x beritau siapa2 sbb nk berihat..."
Inilah petikan SMS yang saya terima dari pelakon dan bintang filem yang tidak asing lagi Datuk Aziz Sattar pagi tadi (25 Mei 2009).
Saya faham, Datuk Aziz merahsiakan penyakitnya ini kerana hendak berehat disamping keluarganya. Apa yang dapat kita lakukan, hanyalah sama-sama berdoa kepada Allah semoga penyakit beliau kembali sembuh seperti sediakala.
Sebelum ini Datuk Aziz Sattar memang terlalu sebok dengan pengambaran, persembahan dan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan terutamanya dikalangan rakan-rakan seperjuangannya. Beliau yang gemar memandu sendiri tidak pernah letih atau penat dan sanggup memandu terus dari Singapura ke Utara. Dia hanya berhenti solat dan makan sahaja di sepanjang lebuhraya.
Pernah tidak lama dahulu dia singgah di rumah saya di Seberang Perai mengajak saya ke Perlis Indera Kayangan kerana jemputan kenduri kahwin rakannya Pak Wan iaitu seorang pekerja dan pelakon ekstra filem Show Brothers dahulu. Gambar saya dan Datuk Aziz semasa bermalam di sebuah hotel di Perlis pada masa itu. Bila saya minta hendak membantunya memandu dia kata "tak apalah saya lebih suka memandu sendiri,"
Saya tanya, apakah petua beliau dapat memandu dengan baik tanpa rasa mengantuk? Jawabnya, dia banyak membaca surah Yassin di sepanjang perjalanan.
Salam mamu, saya hendak minta kebenaran untuk menyalin entri ini untuk dimuatkan ke dalam KBP boleh tak? Hanya untuk dikongsi bersama
BalasPadammuhamadHadi/myfr3ak,
BalasPadamSalam, terima kasih. Silakan Hadi, tak ada masalah, boleh salinkan artikel ini untuk dikongsi dalam KBP. Cuma sebutkan link ini sahaja.
semoga dato sihat kembali
BalasPadamamin..