Sabtu, Julai 11, 2009

Kenangan Umrah Bersama Jeffrydin


Bersama penyanyi 60an Jeffrydin, isterinya Rashidah Abdullah serta anaknya semasa di Masjid Terapung, Laut Merah, Arab Saudi pada pertengahan tahun 90an. Ketika itu saya pergi menunaikan umrah bersama-sama dengan Datuk Ahmad Nawab dan isterinya Siti, M. Shariff, isteri Faridah dan anak-anaknya, Jeffrydin, isteri dan anak-anaknya, Wartawan Ahmad Idris ataupun lebih dikenali dengan Abi, isterinya Bahyah Mahmood atau dikenali dengan Bam dan juga anak. 

Nama sebenar Jeffrydin ialah Raden Jeffrydin Raden Imbromsoekaman. Anak-anaknya pula ialah Raden Arjuna Mirko, Raden Wira Sukma dan Raden Ratna Sari Dewi. Satu peristiwa yang mencemaskan rombongan kami ialah ketika kehilangan anak bungsunya Raden Ratna Sari Dewi selepas solat subuh di Masjid Nabawi Madinah. Kami yang tinggal di hotel berdekatan dengan Masjid Nabawi tidak dapat menemuinya langsung walaupun dicari di seluruh kawasan Masjid yang besar itu. Akhirnya setelah beberapa jam mencari Raden Ratna Sari Dewi ditemui sedang tidur dalam masjid. Alhamdullilah! Kami semua bersyukur.

4 ulasan:

  1. salam, kenangan demi kenangan.. yg pergi takdapat diputarkan kembali. seronok lihat pengalaman mamu macam ada bersama mamu je.

    off topic
    melayu tak layu, melayu sekarang dah lupa bangsanya sendiri dan tak ingat akan perjuangan tok neneknya dulu, berjuang mempertahankan daripada terus dijajah, tapi melayu sekarang bodoh menggadaikan bangsa dan negara untuk kuasa

    BalasPadam
  2. Luth, mujurlah ada gambar boleh menceritakan nostalgia. zaman dulu taklah semewah sekarang... nak beli kamera pun bukannya mudah. mahal pulak tu. sekarang ni melalui handphone ramai yang dah ada kamera dan boleh mengambil gambar bila-bila suka. digital pulak tu. kalau dulu kena pergi proses di kedai, nasib tak baik tak jadi pula gambar yang diambil....

    BalasPadam
  3. kalau anak saya yg hilang masa tu mau pengsan saya..macammana boleh budak tu sampai tertidur di masjid?

    BalasPadam
  4. Khadijah, mungkin itu dugaan Allah. yang anehnya puas dicari dalam masjid tapi tak berjumpa...

    BalasPadam