Rabu, Julai 29, 2009

Ramai Pelawat Melawat Maidin di IJN


Petang tadi isteri Maidin beritahu, suaminya masih lagi dirawat di IJN. Dia sengaja mengambil dan menjawab setiap panggilan telefon suaminya kerana bimbangkan Maidin penat jika bercakap banyak. Menurut isterinya, ramai orang yang melawat Maidin di IJN termasuk juga Dato' Yusof Haslam dan isterinya.

Pelawak Maidin Ibrahim telah dimasukkan ke IJN Kuala Lumpur kerana kurang sihat setelah menjalani pengambaran siri Tv 'Gerak Khas' arahan Majid Salleh di Kuala Lumpur. Pelawak Chik dari Pulau Pinang yang juga turut berlakon drama tersebut turut telefon memberitahu saya, kini Chik pulang ke Pulau Pinang kerana terpaksa menunggu Maidin sihat untuk berlakon bersama.

Kepada rakan-rakan dan peminat beliau semua, marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah semoga kesihatan Maidin akan pulih kembali seperti sediakala.

Terima kasih Khadijah Mohamed yang menghantarkan komen dalam ruangan ini. Ramai juga rakan-rakan saya yang bersimpati dan sama-sama doakan semoga kesihatannya pulih seperti sediakala.

Khadijah Mohamed berkata...

Semoga Pak Cik Maidin segera sembuh..amin..
saya minat lawak jenakanya..

2 ulasan:

  1. Saya pernah terserempak dengan beliau dipasar malam kat Gurun Kedah, mmg peramah orangnya dan mudah mesra dengan sesiapa jua.

    Kalau tak silap, saya pernah bersekolah dengan anaknya disatu sekolah yang sama di Sungai Petani suatu waktu dahulu..

    Semoga beliau cepat sembuh..

    BalasPadam
  2. Ya Zai dan Khadijah, dia banyak hiburkan hati orang.... kini sampai ketika kita pula tenangkan dirinya dengan doa....

    BalasPadam