Afee U Topia, pada mulanya saya hanya kenal melalui Facebook pada tahun 2010 akhirnya menjadi rakan yang begitu mesra.
Pada tahun 1991 ketika saya membuka perniagaan kedai OMARA yang menjual kasset lagu-lagu Melayu, Inggeris, Indonesia dan lain lain di Jalan Tenggiri Bandar Seberang Jaya, Seberang Perai, saya banyak menjual kasset nyanyian U Topia yang berjodol Maya Percintaan.Kerana terlalu kerap memainkan lagu-lagu nyanyiannya di kedai saya, akhirnya saya menjadi peminat Afee dan kumpulannya. Lagu-lagunya yang paling saya gemari ketika itu ialah Maya Percintaan dan Mithali Cintaku.
Walaupun sudah kenal di FB, tapi pertama kali saya jumpa Afee ialah semasa mengiringinya menyanyi dalam sebuah rancangan Astro iaitu Salih Yaccob Show. Kami berjumpa dalam studio shooting di Filem Negara Malaysia, Petaling Jaya.
Semasa kenduri kahwin anak-anak saya Asnurrani dan Nur Auni yang dilangsungkan di Seberang Jaya penghujung tahun 2011 lalu, Afee bersama isteri dan anaknya juga datang meraikan majlis ini. Disamping menyampaikan lagu-lagunya di majlis ini, dia juga sudi merenjis pasangan pengantin di atas pelamin.
Lirik lagu:
MAYA PERCINTAAN
Kasih sayang cinta terhalang
Alam indah hanya sementara
Mengapa ini harus terjadi
Foto kulit kasset ini sumbangan rakan saya Sdra Ismail Hashim dari blognya Aku Budak Penang |
Sampai bila harus begini
Janji manis hanya di bibir
Kau persendakan cinta yang suci
Aku kau tinggalkan
( 1 )
Maya percintaan ada madu ada racun
Manis cuma seketika
Kini pahitnya kurasakan
Hidupku sengsara
( 2 )
Hanya kenangan manjamu
Yang menggoda ingatanku
Engkau semakin menjauh
Biar ku terus memburu
Kepastian
Renda hatiku dah terluka
Merentasi rindu membara
Apakah ini sudah suratan
Untuk ku Oh Sayang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan