MIMPI KE BINTANG TV2

Dokumentari Tv Kisaah Omara

Omara dalam Telemovie Kami Datang Nak Raya

Ke Pulau Pinang

Rabu, Julai 27, 2022

Foto-foto dari George Town World Heritage Incorporated


Terima kasih George Town World Heritage Incorporated yang hadiahkan gambar2 ini kepada saya sempena saya di Anugerahkan Anugerah Sepanjang Hayat George Town World Heritage / Lifetime Achievement Award (Dedication on Knowledge Transmisson) at the George Town World Heritage


 

Khamis, Januari 27, 2022

Alhamdullilah. Antara anugerah dan pencapaian Omar Md Hashim (OMARA) dari 2014 hingga 2022


 PENCAPAIAN: 

1. Tokoh Seni Budaya – Boria - tahun 2014 Karyawan P Pinang

2. Tokoh Seni Budaya – tahun 2014 oleh Politeknik Seberang Perai.

3. Tokoh Seni Budaya Negeri Pulau Pinang – tahun 2016 oleh Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara

4. Tokoh Warisan Kebangsaan Orang Hidup (WAKOH) - tahun 2018 oleh Jabatan Warisan Negara.

5. Tokoh Seni Budaya Maal Hijrah 2019 - PEMENANG P. Pinang.

6. Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat George Town World Heritage 2020

7. Anugerah Kehormat Juri Kategori Program dan Aktiviti Warisan Kebudayaan melalui nominasi Ghazal Parti George Town World Heritage 2020.

8. Kumpulan Boria Omara Pulau Pinang Kategori Pengiktirafan Kesinambungan Budaya George Town World Heritage 2020.

Rabu, Januari 05, 2022


 Boria Omara dalam akhbar KOSMO tarikh 5 Januari 2022

Jumaat, Jun 25, 2021

Boria Omara semasa pengambaran rancangan Tv di Butterworth


 Sebahagian dari ahli BORIA OMARA di tepi Pantai |R & R Bagan Ajam, Butterworth ketika pengambaran rancangan Tv dibuat baru-baru ini.

Ahad, Mei 30, 2021

Ahad, Januari 17, 2021

Bersama anak anak Bintang Lagenda


 Anak Allahyarham Dato' Ahmad Daud dan Saadiah juga anak Mariani dan H.M. Rohaizad. Zaman sudah berlalu, kini hanya dapat terlibat aktiviti seni dengan anak2 seniman lagenda itu. Semoga Ogy atau Fauziah juga Rozita diberikan Allah sihat sejahtera dan terus aktiviti seni seperti biasa. Al- Fatihah kepada kedua dua ibu bapa mereka.

Rabu, Jun 24, 2020

Pengambaran video klip lagu CHOMBEE ABANG SAYANG di Kuala Lumpur


Gambar ini saya ambil masa uruskan video klip dengan pihak Tv3 dalam tahun 1991 lagu - Chombee Abang Sayang - Lagu dan Lirik Ciptaan A. Osman. Lagu ini dimuatkan dalam album pertama keluaran saya Omara Production 1991 Untuk Mu Hijau Kuning. Artis - Maidin, M. Shariff dan Piee.
Pengambaran ini dibuat di tepi jalan hadapan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Rabu, April 22, 2020

Sketsa pendek Pelawak Imuda, Omara, Chop dan Sharifah Juairiah yang dirakamkan masing2 menggunakan hphone dalam talian masa PKP akibat Covid 19. Akhirnya jadi juga sketsa ni setelah diedit. Selamat menonton. Terima kasih dan jangan lupa Subscribe dan like youtube ini dalam channel saya Omar Hashim Omara.

Ahad, Mac 29, 2020

Sketsa Boria Omara di mana mana














Sketsa Boria kami di mana-mana. Boria Omara akan memulakan persembahan boria dengan sketsa dahulu. Sketsa boria adalah wajib dalam setiap persembahan boria. Saya, Yusof Hashim Pak Kojek, Sharifah Juairiah dan Bakar Panjang.

Isnin, Oktober 21, 2019

Kisah Boria dalam akhbar UTUSAN MALAYSIA tulisan Zabry Mohamad Madzlan.

Sabtu, September 07, 2019


Keratan Berita akhbar LAGU LAGU JENAKA keluaran OMARA PRODUCTION warnai persada muzik kita. Gambar - artis-artis album Hijau Kuning terbitan Omara Production pada awal tahun 1991 menerima Gold Disc di Matic Saloma, Kuala Lumpur sempena jualan album ini yang telah mencapai lebih 30,000 unit pada awal pelancarannya. Artis ialah M. Shariff, Piee dan Maidin.

Khamis, Mac 10, 2016

Kisah Piee dalam akhbar Buletin Rakyat

Beliau Yang KU Kenal, satu ruangan dalam akhbar Buletin Rakyat. Kali ini kisah 'Pelawak Piee, insan seni tepat pada janji - Omar Hashim'

Rabu, September 23, 2015

Berlakon Filem Dokumentari sebagai Orang Tua Penjual Bunga

 


Saya berlakon jadi Orang Tua si Penjual Bunga dalam sebuah filem dokumentari terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka kisah hidup sasterawan negara Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh merupakan salah seorang penulis Malaysia yang telah dianugerahkan gelaran Sasterawan Negara 1991. Beliau juga telah memenangi Anugerah Penulis S.E.A. pada tahun 1997. Pada 2008, beliau dinobat sebagai Tokoh Akademik Negarta.
Beliau pernah menjadi Presiden Persatuan Penterjemah Malaysia (1978-1982) dan banyak menterjemah puisi berbahasa Melayu ke bahasa Inggeris. Beliau juga menjadi sidang editor jurnal Tenggara, anggota Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka, dan anggota Panel Anugerah Sastera Negara.
Dokumentari ini arahan Encik Khalid Sulaiman Fdam.
Lokasi pengambaran ini dibuat di sekitar Pekan Sungai Acheh, Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan.

Selasa, Januari 27, 2015

Drama Raja Pengemis Naikkan Nama Sabariah Hitam Berita Harian

Sebuah artikel tulisan saya Omar M. Hashim nama pena pada masa dulu, kini Omara yang disiarkan di akhbar Berita Harian keluaran 7 Julai 1977. Sabariah Hitam (Zabariah Hitam) juga pernah berlakon dalam siri Pi Mai Pi Mai Tang Tu.

Khamis, Disember 25, 2014

M. SHARIFF DI HATI OMAR HASHIM dalam akhbar BULETIN RAKYAT

 Artikel oleh Wartawan Nazar Hashim dalam akhbar BULETIN RAKYAT

Tajuk - M. Shariff di hati Omar Hashim

Ahad, November 02, 2014

POSTER PERTEMUAN DI KAKI GUNUNG JERAI

Alhamdullilah. Saya hasilkan sendiri poster ni untuk RTM, Telefilem PERTEMUAN DI KAKI GUNUNG JERAI, terbitan Art Ornament Sdn. Bhd.

Skrip oleh Arzaman Sulaiman

Arahan oleh Khalid Sulaiman Fdam

Penerbit oleh Aida Othman

Pelakon
Shaharuddin Tamby, Nor Azifah Abidin, Mohd. Zahiril Adzim, Nur Shakilla Khariri, Mohd Hafezee Mohd Hatta, Aida Elias, Aida Othman, Mid Gulai Kawah, Ali Rahman, Omara dan ramai lagi.

Lagu Tema - Cinta Di Kaki Gunung Jerai
Nyanyian - Aida Elias dan YY.
Lagu - Zulkipli Omar
Lirik - Omara
Terbitan - Omara Production

Sabtu, Mei 24, 2014

DI PUSARA ALLAHYARHAM DATUK AZIZ SATTAR

Foto ini diambil dua minggu sebelum Datuk Aziz Sattar meninggal dunia
Pagi itu  18 April 2014 kebetulan saya berada di Kuala Lumpur saya dapat panggilan telefon dari Datuk Aziz Sattar bertanya khabar. Saya beritahu yang saya sedang berada di Kuala Lumpur. Dia kata sepatutnya dia datang mengambil saya tapi dia baru keluar hospital Kajang kerana masih tidak berapa sihat lagi. Saya kata tak mengapa, biar saya sendiri yang pergi berjumpa dengannya di rumah anaknya Sandakiah di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras Perdana.

Sampai di rumah Datuk Aziz sambut saya yang pergi dengan anak saya Muhammad Asymawi seperti biasa dengan senyuman. Kami duduk berbual sambil Sandakiah hidangkan air minuman dan kueh. Kami makan dan minum bersama. Seperti biasa Datuk Aziz akan bercakap hal-hal dunia artis, masyarakat dan sebagainya.

Saya tunjukkan satu video klip dari youtube mengenai orang luar negara (Inggeris) yang buat video lakonkan semula babak Bujang Lapok belajar ilmu dari Pendekar Mustar. Lakonan itu dalam bahasa Melayu. Datuk menonton sampai habis. Datuk juga cerita dalam Filem Bujang Lapok dialah yang mengajar P. Ramlee dan S. Shamsuddin menari sambil berjalan seperti dalam lagu Bujang Lapok dalam filem tersebut. Datuk Aziz kata ramai orang susah nak mengajuk tarian itu.

Datuk Aziz beritahu yang dia minta saya uruskan jemputan untuk Majlis Pelancaran Buku Riwayat hidupnya yang akan dibuat di Pulau Pinang hujung bulan Jun 2014 depan. Dia beritahu nama-nama kawannya antaranya ialah Datuk L. Ramlie, Datuk Seri Yusof Latif dari Pemenang, Pak Wan dari Perlis (pelakon yang jadi polis dalam filem Penarik Beca). Yang lain-lain tu datuk suruh saya pilih sendiri nanti. Selepas berbual panjang saya minta diri untuk balik dulu dan Datuk Aziz minta anaknya Sandakiah menghantar kami balik ke Kuala Lumpur. Saya tidak sangka rupanya kami bersalaman kali terakhir walaupun di wajah Datuk tidak ada sebarang tanda yang dia akan pergi buat selama-lamanya. Sampai di pintu pagar saya pandang balik ke rumah dan kelihatan Datuk Aziz memandang saya sambil tersenyum.
 Rupanya pada jam 2 pagi 6hb. Mei 2014 kira-kira dua minggu lebih selepas itu Datuk Aziz Sattar telah diberitakan meninggal dunia di Hospital Kajang kerana sakit jantung. Inilah pusara Allahyarham Datuk Aziz Sattar yang meninggalkan kenangan kepada saya selamanya. Al-Fatihah. - Omar Hashim (OMARA) P. Pinang.

Selasa, Mei 06, 2014

AL FATIHAH - DATUK AZIZ SATTAR MENINGGAL DUNIA

AL FATIHAH. Baru jam 2 pagi tadi sahabatku Datuk Aziz Sattar telah meninggal dunia di Hospital Kajang akibat penyakit jantung. Baru dua minggu lepas arwah minta saya uruskan jemputan utk majlis pelancaran buku riwayat hidup arwah yg akan dibuat di P.Pinang hujung Jun ini. Hajatnya tak kesampaian. Allah lebih menyayanginya. Sama2 kita hadiahkan Al Fatihah. (Foto ini diambil dua minggu sebelum arwah meninggal di rumah anaknya Sandakiah di Cheras, Selangor).

Ahad, Mac 09, 2014

BINTANG RADIO PERTAMA RADIO MALAYA AR SINWAN

A.R. Sinwan atau kini lebih dikenali sebagai Pak Wan. INI LAH DIA JOHAN BINTANG RADIO (SEKARANG BINTANG RTM) YANG PERTAMA SEKALI DI MALAYA (SEBELUM MALAYSIA) PADA TAHUN 1956. NAMANYA - A.R. SINWAN (KINI DIKENALI SEBAGAI PAK WAN). A.R. SINWAN TELAH MENGALAHKAN PENYANYI M. BAKRI pada masa itu ..

Kini AR Sinwan tinggal di Taman Bunga Raya, Jalan Baru, Prai, Seberang Perai. Menjadi Bilal Masjid Jalan Baru, Seberang Perai.





Jumaat, Januari 03, 2014

ANTARA ALBUM KELUARAN OMARA

Antara Album Keluaran OMARA dalam tahun 1993, HARI RAYA bersama M. Shariff, Maidin, Piee dan Rocky Din. Juga album berjodol SRI ASUN, WAYANG KULIT dalam siri Wayang Kulit Seri Asun.

Selasa, Oktober 15, 2013

BERITA HIBURAN MINGGUAN MALAYSIA M. SHARIFF MENYANYI DI INDIA


Berita Tulisan saya Omar Hashim tajuk M. SHARIFF MENYANYI DI INDIA? disiarkan di akhbar Mingguan Malaysia keluaran Ahad 7 April 1974.

Ahad, Jun 09, 2013

Al-Fatihah Untuk 2 Seniman dan Seniwati Lagenda





Pelakon veteran era akhir 50-an dan awal 60-an, S.Shamsuddin, 84 meninggal dunia pada 4 Jun 2013 akibat sakit tua dan jangkitan paru-paru berair.
Allahyarham meninggal dunia di Hospital Alexendra dan telah dibawa ke kediamannya di Bukit Batok, West Avenue, Jurong, Singapura.
 Dilahirkan pada 1 Januari 1929, Allahyarham atau nama sebenarnya Sahamsudin Dali dilahirkan di Pasir Panjang, Singapura dan diingati dengan lakonannya dalam filem-filem arahan Tan Sri P.Ramlee seperti Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok dan Nujum Pak Belalang.
 Di zaman kegemilangan Studio Jalan Ampas, Allahyarham sering dikenali dengan gandingannya bersama Datuk Aziz Sattar.
 Sepanjang hayatnya, Allahyarham pernah membintangi lebih 25 filem dan filemnya yang terakhir ialah Eee...Hantu!!!!! arahan Majed Salleh.
 Allahyarham telah berkahwin dengan Puteh Esmoon pada tahun 1954 dan mempunyai tujuh orang anak.




Seniwati Latifah meninggal dunia di Pusat Rawatan Rapi (ICU) di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) pada petang Ahad 9 Jun 2013.
Allahyarhamah yang berusia 72 tahun dimasukkan ke PPUKM seminggu lalu akibat kanser ulser usus.
Latifah yang sering digandingkan dengan Nordin Ahmad membintangi sebanyak 23 filem antaranya Bawang Putih Bawang Merah, Jebat, Jalak Lenteng, Laila Majnun, Putus Sudah Kasih Sayang, Gurindam Jiwa, Che Mamat Parang Tumpul dan terakhir Hati Batu pada 1973.

KEDUA-DUA orang seniman dan seniwati Lagenda S. Shamsuddin dan Latiffah Omar meninggal dunia dalam jarak seminggu sahaja. Seorang demi seorang telah pergi meninggalkan dunia filem Melayu. Begitu juga kita semua yang tak akan kekal di dunia ini, cuma dulu atau kemudian sahaja. Sama-samalah kita hadiahkan Al-Fatihah dan doa semoga ruh mereka diRahmati Allah dan ditempatkan mereka bersama-sama dengan orang-orang yang beriman. Amin.

Sabtu, Jun 08, 2013

Dari Akhbar Balai Muhibbah Bakat Jaycess Rapatkan Muhibbah

Keratan akhbar tabloid BALAI MUHIBBAH keluaran Januari 1976 tulisan saya bertajuk Bakat Jaycees Rapatkan Muhibbah. Kini 2013... Kumpulan MARJ dari Butterworth tiada lagi. Gambar kanan sekali dalam Kumpulan MARJ bermain gitar ialah Julius Ooi dari Kumpulan Wersterlies Juara Kugiran dari Butterworth. Kartunis Yusof M. Hashim pula adik saya sendiri masih aktif berlawak tapi kurang melukis. 

Rabu, Februari 06, 2013



AL FATIHAH. DATO' YAHAYA SULONG TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH PETANG TADI DAN JENAZAHNYA AKAN DI BAWA BALIK KE TELOK INTAN PERAK DAN AKAN DIKEBUMIKAN DI SANA. SAMA SAMA KITA SEDEKAHKAN AL-FATIHAH....

Rabu, November 07, 2012

Artikel Penyanyi Veteran Tak Diberi Peluang

 Artikel Hiburan tulisan saya yang disiarkan di akhbar Berita Minggu pada Ahad 5 Mac 1978 bertajuk 'Penyanyi Veteran Tak Diberi Peluang?'.

Rabu, Oktober 31, 2012

Jasmin Hussein Indahnya Bunga Mawar

Penyanyi Jasmin Hussein berasal dari Seberang Perak, Alor Setar. Pernah belajar di Sekolah Menengah Telok Chengai (lelaki), Jalan Kuala Kedah. Beliau juga berbakat dalam seni lukis.

Antara lagunya yang popular suatu ketika dulu, Indahnya Bunga Mawar, Jumpa dan Jumpa Lagi, Joget Langkawi, Marilah Sayang dan banyak lagi.

Gambar Kiri (foto yang saya ambil dalam tahun 70an). Gambar Kanan (gambar terkini yang saya terima dari Facebook). Setakat ini saya tidak ada banyak fakta mengenai Jasmin Hussein, InsyaAllah saya akan jumpa dengannya suatu ketika nanti.



Ahad, Oktober 28, 2012

Sekeluarga Beraya Aidil Adha 2012 dengan Biru Sedondon



 HARI RAYA AIDIL ADHA 2012 berlalu dengan membawa kenangan manis kepada keluargaku. Kali ini dapat beraya bersama-sama dengan isteri, anak, menantu dan cucu. Kebetulan pula kami semua sepakat memakai pakaian sedondon warna biru.

Bertambah menarik lagi, gambar kami telah diabadikan oleh akhbar SINAR HARIAN dalam Edisi Utara pada 28 Oktober, 2012. Semoga Allah panjangkan umur kami semua dan dapat bertemu lagi dalam suasana begini di tahun tahun yang akan datang. InsyaAllah!

Salam Aidil Adha dari saya - Omar Hashim (Omara).