Pelakon veteran era akhir 50-an dan awal 60-an,
S.Shamsuddin, 84 meninggal dunia pada 4 Jun 2013 akibat sakit tua dan jangkitan
paru-paru berair.
Allahyarham meninggal dunia di Hospital Alexendra dan telah
dibawa ke kediamannya di Bukit Batok, West Avenue, Jurong, Singapura.
Dilahirkan pada 1
Januari 1929, Allahyarham atau nama sebenarnya Sahamsudin Dali dilahirkan di
Pasir Panjang, Singapura dan diingati dengan lakonannya dalam filem-filem
arahan Tan Sri P.Ramlee seperti Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok, Seniman
Bujang Lapok dan Nujum Pak Belalang.
Di zaman kegemilangan
Studio Jalan Ampas, Allahyarham sering dikenali dengan gandingannya bersama
Datuk Aziz Sattar.
Sepanjang hayatnya,
Allahyarham pernah membintangi lebih 25 filem dan filemnya yang terakhir ialah
Eee...Hantu!!!!! arahan Majed Salleh.
Allahyarham telah
berkahwin dengan Puteh Esmoon pada tahun 1954 dan mempunyai tujuh orang anak.
Seniwati Latifah meninggal dunia di Pusat Rawatan Rapi (ICU)
di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) pada petang Ahad 9
Jun 2013.
Allahyarhamah yang berusia 72 tahun dimasukkan ke PPUKM
seminggu lalu akibat kanser ulser usus.
Latifah yang sering digandingkan dengan Nordin Ahmad
membintangi sebanyak 23 filem antaranya Bawang Putih Bawang Merah, Jebat, Jalak
Lenteng, Laila Majnun, Putus Sudah Kasih Sayang, Gurindam Jiwa, Che Mamat
Parang Tumpul dan terakhir Hati Batu pada 1973.
KEDUA-DUA orang seniman dan seniwati Lagenda S. Shamsuddin dan Latiffah Omar meninggal dunia dalam jarak seminggu sahaja. Seorang demi seorang telah pergi meninggalkan dunia filem Melayu. Begitu juga kita semua yang tak akan kekal di dunia ini, cuma dulu atau kemudian sahaja. Sama-samalah kita hadiahkan Al-Fatihah dan doa semoga ruh mereka diRahmati Allah dan ditempatkan mereka bersama-sama dengan orang-orang yang beriman. Amin.