MIMPI KE BINTANG TV2
Dokumentari Tv Kisaah Omara
Omara dalam Telemovie Kami Datang Nak Raya
Ke Pulau Pinang
Khamis, Oktober 30, 2008
Menerbit/Mengeluarkan Album Pak Man Telo 'Putu Mayong Rock'
Tahun 1995 - Saya Menerbit dan mengeluarkan album ke dua Pak Man Telo iaitu 'Pak Man Telo - Putu Mayong Rock. Artis - Chik dan Non (Kumpulan Pak Man Telo), Rockydin dan Ilham Ganesan. Dua buah lagu ciptaan pelawak terkenal di Utara, Hassan Putu Mayong iaitu Putu Mayong Rock dan Laksa Mambo. Tiga lagu berunsur boria iaitu - Boria Bolasepak, Boria Gerai Makan dan Boria Politik Wang (Rangkap karangan oleh Aman Tok Koya iaitu penulis rangkap karangan boria Sungai Pinang, Pulau Pinang). Hutang - lagu ciptaan Haniffa Razak. Lagu-lagu lain ialah - Ton Ani Norizan, Penyakit Cinta, Kata Mengata dan Ahlan Wassahlan.
Rabu, Oktober 29, 2008
Omar Ariff, Sahabat Lama Dah Jadi Penyanyi
Album sulung Omar Arif dilancarkan pada 28 Oktober 2008 jam 8 malam di Saloma Theatre & Bistro, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Tahniah Omar Arif, sahabat lama dan jiran saya semasa tinggal di Taman Bunga Raya, Jalan Baru, Prai, Seberang Perai tahun 80'an dahulu.
Setelah lama menjadi pengacara dan pembaca berita tv, tak sangka kini dah jadi penyanyi!
Selasa, Oktober 28, 2008
Terima Anugerah Jasamu Dikenang dari 2PNP
Terima anugerah 'Jasamu Dikenang'
dari Persatuan Penulis Negeri Pulau Pinang, Pulau Pinang (2pnp).
Terima kasih Ketua 1, Drs Anuar Asmadi.
Terima kasih 2PNP dan rakan-rakan penulis semua!
dari Persatuan Penulis Negeri Pulau Pinang, Pulau Pinang (2pnp).
Terima kasih Ketua 1, Drs Anuar Asmadi.
Terima kasih 2PNP dan rakan-rakan penulis semua!
Ahad, Oktober 26, 2008
TERKINI! Noor Muda (abang Imuda) Meninggal Dunia Hari Ini 26 Okt 2008
Sahabat saya Mohd. Noor Muda abang kepada pelawak Imuda telah meninggal dunia pada 25hb. Oktober 2008 di Taman Pauh, Permatang Pauh, Seberang Perai. Jenazahnya dikebumikan waktu Zohor di Tanah Perkuburan Seberang Jaya pada 26hb. Oktober 2008. Noor Muda seorang yang aktif dalam bidang seni dan kemasyarakatan. Allahyarham seorang pesara Majlis Perbandaran Seberang Perai. - Al Fatihah.
Sabtu, Oktober 25, 2008
Menjadi Editor Penerbitan 5 Majalah Selama Setahun
Tahun 2002. Menjadi Editor selama setahun Majalah KISAH BENAR, KOLEKSI MISTERI, PELIK BENAR, X-RAY dan Majalah KENA keluaran KALAM ILHAM SDN. BHD. Taman Industri Selayang, Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.
Segala urusan rekabentuk/susunan, penulis dan bahan diuruskan sepenuhnya oleh saya.
Pejabat Editor yang menempatkan wartawan, penulis, pelukis, grafik/layout terletak di pejabat saya sendiri - Omara Entertainment - Pusat Bandar Sunway, Seberang Jaya, Seberang Perai, Pulau Pinang. Setiap bulan kami harus menyiapkan lima buah majalah ini serta beberapa buku lain yang turut diterbitkan.

Khamis, Oktober 23, 2008
Membongkar Rumah Kelahiran P. Ramlee Di Pulau Pinang
Sayalah orang yang membongkar rumah kelahiran P. Ramlee di Jalan Rawang/Caunterhall Pulau Pinang. Saya telah dibawa oleh Razak (Jamal Kongo) berjumpa dengan Pak Murad (Jiran rumah P. Ramlee). Pak Murad pula bawa saya berjumpa dengan Tok Bee iaitu tuan tanah tempat rumah P. Ramlee itu didirikan (sebelah rumahnya).
Kata Tok Bee; "Saya akan robohkan rumah ini bila-bila masa kerana nak dirikan rumah anak saya di tapak itu."
Mendengarkan kata-kata Tok Bee, saya segera menghubungi Ahmad Daud, Saloma dan Sheikh Ali di Kuala Lumpur melalui telefon. Saya juga temuramah rakan-rakan P. Ramlee di Pulau Pinang iaitu: T.M. Ramayah, Pak Murad Jamal dan Razak sendiri. Mereka semua minta rumah P. Ramlee diselamatkan.
Saya tulis berita ini dan hantar melalui tangan ke Pejabat Akhbar Bintang Timur di Prai, Seberang Perai. Ketika itu saya menjadi wartawan sambilan akhbar tersebut. Esoknya tulisan saya ini telah disiarkan di Ruangan Rampai Sari Bintang Akhbar Bintang Timur keluaran 1hb. Julai 1980.
Berita ini menjadi berita panas. Seorang wartawan dari Kuala Lumpur mengulas berita ini dengan menemurumah beberapa orang lagi di Kuala Lumpur dan juga Menteri Kebudayaan, Belia Dan Sukan ketika itu Tan Sri Samad Idris. Esoknya keluar di muka hadapan akhbar Bintang Timur - Tajuk: "Selamatkan Rumah P. Ramlee!".
Akhirnya Arkib Negara Malaysia ketika itu Ketua Pengarahnya Datin Zakiah Hanum telah menguruskan rumah P. Ramlee untuk dijadikan warisan dan dipulihara. Dalam tahun 1991 rumah kelahiran P. Ramlee ini telah dirasmikan.
Alhamdullilah! Hasil usaha saya untuk menyelamatkan rumah ini berhasil.

Menulis Lirik Lagu Album M. Sharff Keluaran NSR - 1991
Dalam album Klasik Hitz M. Shariff & The Zurah II keluaran NSR (New Southern Records Kuala Lumpur) ini saya telah diminta oleh M. Shariff menulis dua buah lirik lagu. Lagunya ialah - DUNIA BARU KU dan MUZIK. Album ini terbitan tahun 1991.
Selasa, Oktober 21, 2008
Menguruskan Penerbitan Novel LUTFIAH dan SURIATI
Kiri - Omara dan Asnurrani - Rekabentuk, edit dan menyusun Novel Lutfiah hasil karya A. Rahmad.
“Usaha A. Rahmad atau Datuk Rahman untuk mencipta novel globalisasi yang diimpikannya memang berjaya, namun kejayaan sebenar novel ini lebih ketara dalam hal mendedahkan kesombongan manusia, dan rebahnya kesombongan itu yang dibalun oleh anak sendiri.”
Lutfiah telah membawa kesedaran bahwa budi dan fikiran mengatasi kekayaan dan kebendaan.
Kanan - Menyusun rekabentuk/edit bahagian dalam (bersama anak - Asnurrani) Novel KUGAPAI CINTAMU SURIATI hasil karya Azizi Hj. Abdullah. Novel ini memenangi tempat pertama Sayembara Novel Berunsur Islam 1992 Anjuran Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri.

Isnin, Oktober 20, 2008
Rakaman Majalah 3 - 'Gagap' bersama Nor Azlina Redzuan
10 Ogos 1997 - membantu Majalah 3, TV3 bersama Nor Azlina Redzuan semasa rakaman kisah 'GAGAP'. Rakaman dibuat di Batu Gajah, Perak, Pulau Pinang dan Bukit Mertajam, Seberang Perai. Rakaman ini dibuat di rumah Hj. Hashim (bapa), Kampung Tok Panjang, Bukit Tengah, Bukit Mertajam. Penyanyi Rockydin, pelawak Chop dan Chick juga turut terlibat.
Jumaat, Oktober 17, 2008
Kunjung TYT Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang - 2005
26 Mac 2005 - YM Dato’ Tengku Alaudin Tengku Abdul Majid, Ketua Satu: Tan Sri Prof Emeritus Dato’ Pendita (Dr) Haji Ismail Hussein dan Drs. Anuar Asmadi Ketua 1 Persatuan Penulis Negeri Pulau Pinang (2PNP), Penulis Hj. Osman Ayub, turut serta bersama-sama ahli jawatankuasa dan ahli-ahli 2PNP bergambar dengan TYT Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Hj. Abdul Rahman bin Hj. Abbas di Residensi Yang DiPertua Negeri di Pulau Pinang. (Saya duduk sebelah kiri). Semasa beramah mesra dengan TYT Tun, kami telah dijamu dengan martabak dan pasembur istimewa. Kami berada di sana lebih kurang tiga jam.
1994 - Terbit Album Wayang Kulit Seri Asun - DJ. ETong
Tahun 1994 saya terbitkan pula album Wayang Kulit Seri Asun berjodol D.J. Etong - Seri Kinda. Lagu - Joget Rap, Lebuhraya, Asma Nase, Ayam, Ala la Tok, Aci-Aci Buka Pintu, Kau Yang Satu dan 10 Budak Hitam.
Tok Dalang: Abd. Majid Mohd. Noh (Pak Majid)
Muzik: Abd. Karim, Mehad, Md. Desa, Shahrum dan Zakaria. Studio: Beauty Sound Stodio, Butterworth. Jururakam: Cheow Chang Chooi.
Grafik/Rekabentuk: Epic Consult Sdn. Bhd.

Khamis, Oktober 16, 2008
Menyusun Buku P. Ramlee Di Zaman Kanak-Kanak Di Pulau Pinang
Februari 1981. Semasa mengkaji dan menyusun Riwayat Hidup P. Ramlee dari zaman kanak-kanak di Pulau Pinang, saya telah mendapat kerjasama dan kebenaran sepenuhnya dari abang seibu Allahyarham P. Ramlee iaitu Sheikh Ali bin Sheikh Muhammad dan anak tunggal Allahyarham Nasir bin Ramlee.
Kini, saya sedang menyusun buku P. Ramlee Di Zaman Kanak-Kanak di Pulau Pinang hasil dari penyelidikan dan temuramah saya sejak tahun 80'an dahulu. - Omara
Semasa saya menemuramah Sheikh Ali setiap kali bertemu dengannya |
Selasa, Oktober 14, 2008
Terbit VCD Sri Asun Wayang Kulit Jenaka Utara
Tahun 2004 - VCD Sri Asun Wayang Kulit Jenaka Utara ini diterbitkan dari audio asalnya kasset Wayang Kulit Seri Asun 'Sri Kinda' yang diterbitkan dalam tahun 1993.
VCD ini mengandungi persembahan wayang kulit yang dimainkan semula oleh saya sendiri sementara audio asalnya ialah dari persembahan Pak Majid, Wayang Kulit Seri Asun.
Diedarkan oleh MUSICLAND.
VCD ini mengandungi persembahan wayang kulit yang dimainkan semula oleh saya sendiri sementara audio asalnya ialah dari persembahan Pak Majid, Wayang Kulit Seri Asun.
Diedarkan oleh MUSICLAND.
Isnin, Oktober 13, 2008
Pegang Watak Pak Omaq Dalam Siri Komedi Nasi Kandar Papdom
Memegang watak 'Pak Omaq' dalam siri komedi 'Nasi Kandar Papdom' yang ke udara setiap pagi hari isnin jam 8.30 pagi di Mutiara FM (RTM P. Pinang). Sebelum 1 hb. Januari 2008, saya membawa watak 'Mamak Abdul' sebagai tuan punya kedai nasi kandar tersebut.
Nasi Kandar Papdom yang diterbitkan oleh Deejay YY (Yassir Yusuf) telah keudara selama tiga tahun dan merupakan rancangan yang digemari ramai di radio dimana lagu pengenalannya berunsur boria.
Watak utama ialah - Chick sebagai Chik, YY sebagai Chin dan Omara sebagai Pak Omaq (tuan kedai). Watak-watak sampingan sebelum ini ialah Maidin, Nordin Yahaya (abang tanjong), Pak Kojek (Chop), Eddy, Jaafar Osman dan Siti Sotong. Mutiara FM boleh diikuti melalui 95.7 dan 93.9 atau melalui internet di http://www.mutiarafm.gov.my/

Menguruskan Rakaman Ghazal Parti di RTM1 di Angkasapuri
Kumpulan Ajinda Ghazal Parti Kepala Batas telah muncul dalam rancangan Harmoni Malaysia RTM1 di Angkasapuri. Setelah tiga puluh tahun menyepi, kini Ajinda Ghazal Parti Kepala Batas muncul kembali. Kassim pemain akordian bertindak sebagai pemimpin. Kini hanya tinggal Kassim seorang pemain asal kumpulan ini sewaktu zaman kegemilangannya dulu. Putih Hashim dari Ghazal Parti Sungai Bakau turut bersama sebagai pemain biola. Orang lama dari Yan iaitu Ustaz Halim turut bermain flute dan menyanyi. Ghozali dari Bandar Baru, Kedah menyanyi lagu-lagu hindi. Pelawak Chop (Pak Kojek) ataupun gelarannya dalam ghazal parti 'Chop misai kontot" dan Bakar Renjong.Persembahan kumpulan ini di tv hasil usaha saya sendiri yang turut bermain tamborin. Pelakon dan pelawak terkenal Imuda bersama-sama Kumpulan Ghazal Parti sepanjang rakaman sambil memberikan beberapa idea yang menarik.Antara lagu-lagu yang dimainkan ialah 'Ana Winta' nyanyian Ustaz Halim sambil bermain flute. Ghazali pula mendendangkan sebuah lagu hindustani yang dipetik dari filem Sangam. Yusof Saidi menyanyikan lagu 50 Tahun Merdeka yang liriknya ditulis oleh Omar M. Hashim (OMARA) sempena menyambut 50 tahun Malaysia merdeka. Klik di sini untuk menyaksikan persembahannya.
Ahad, Oktober 12, 2008
Menulis manuskrip Riwayat Hidup P. Ramlee
Menandatangani perjanjian menjual manuskrip riwayat hidup P. Ramlee kepada Jins Shamsuddin dalam tahun 1985. Manuskrip tersebut hasil kajian dan tulisan saya sejak tahun 1980 dengan mendapat restu keluarga Allahyarham P. Ramlee iaitu anak tunggalnya Nasir P. Ramlee dan abang seibunya Syeikh Ali bin Syeikh Mohammad. Tandatangan ini di hadapan peguam di Kuala Lumpur.
Bersama keluarga P. Ramlee di Jalan P. Ramlee P. Pinang
Di rumah Pak Murad Jalan P. Ramlee tahun 1985. Jamal (Razak), Omar Nawab, Pak Mazlan (kanan atas), Rashidah Jaafar, Nasir P. Ramlee, Omar Hashim dan Syeikh Ali (abang seibu P. Ramlee).
Pementasan Teater 'HANTU HANTU' skrip Omar M. Hashim tahun 1977
1977 Kumpulan Senibudaya Dan Drama Rakyat Seberang Perai (KUDRAT) mementaskan teater 'HANTU HANTU' skrip tulisan saya sendiri melalui Teater Bergerak anjuran Kementerian Kebudayaan Belia Dan Sukan (pada masa itu). Antara tempat-tempat yang dipentaskan ialah di Alor Star, Taiping, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan. Pelakon-pelakon di atas ialah Mimi Ali (kakak kepada pelakon Nasir Ali), Wan Zaidon, Azmi Yahaya, Latifah (kalau tak silap namanya) dan beberapa orang lagi. Foto di bawah ialah persembahan dari skrip yang sama oleh sebuah kumpulan dari Kuala Lumpur (terlupa nama) yang dipentaskan di Panggung Drama, Kuala Lumpur dalam tahun 80'an.
Album Kah Keh Keh terbitan Omara tahun 1998 koleksi lagu-lagu jenaka
Album terbitan tahun 1998 ini adalah koleksi lagu-lagu jenaka dan lawak jenaka keluaran saya sejak tahun 1991 hingga 1998. Artis - Maidin, Piee, Non dan Chick (Pak Man Telo), Rockydin dan juga klip jenaka saya sendiri - Omara. 1. Asma Mai Sat, Sayang Cucu, Yang Lain Yang Lain, Makan Kenduri, Lanca, Putu Mayong Rock, Suratku Untukmu, Boria Bola Sepak, ulasan bola - Omara dan sketsa-sketsa jenaka oleh Kumpulan Pak Man Telo.
Sabtu, Oktober 11, 2008
Persembahan Boria 2007 di Kuala Lumpur
2. Sketsa boria di Majlis Hari Raya Anak-Anak Melayu Pulau Pinang yang diadakan di Kuala Lumpur November 2007
Jumaat, Oktober 10, 2008
ALBUM OMARA - M. Shariff (Boleh Kalau Ada Duit)
Terbitan Tahun 2000. M. Shariff - Boleh Kalau Ada Duit. Album keluaran saya ini mengandungi 10 buah lagu yang dirakamkan di FAME Studio, Pulau Pinang. Lagu-lagunya - Boleh Kalau Ada Duit (M. Shariff), PerjalananKu (Ben Nathan), Carikanlah Menantu (Ilham Ganeson), Jangan Coba Mengoda Aku Lagi (Ilham Ganeson), Fahamilah Aku (Jay), Fikirkanlah (Jay), Samba Raggae (Bob Nathan), Ku Luahkan Isi Hatiku (Bob Nathan), Ku Tetap Milikmu Abadi (Ilham Ganeson) dan Malu-Malu Ah (M. Shariff) lirik oleh Omar M. Hashim (Omara). Penerbit Studio - Haniffa Razak dan Ilham Ganeson. Album ini diedarkan oleh ALAI OSAI, Kuala Lumpur.
Khamis, Oktober 09, 2008
Merekabentuk/Susunan Buku Jejak Cemerlang 2004 dan 1001 Pantun Pulau Pinang
Rekabentuk/Susunan (bersama Asnurrani) Buku Jejak Cemerlang tulisan Nurdin Kayat yang diterbitkan dalam tahun 2004.
Buku 1001 Pantun Pulau Pinang karya Abdul Rahman Daud, terbitan Kementerian Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan Malaysia. Semua pantun diedit oleh Omar M. Hashim dan rekabentuk/grafik/susunan oleh Asnurrani Omar (anak).
Rabu, Oktober 08, 2008
Penerbit Bersama Album S. Jibeng Sanggul Dua - 2004
Tahun 2004. Bersama-sama dengan Chick, menerbitkan album Lagenda Suara Emas S. Jibeng Sanggul Dua keluaran Insictech Musicland. Rakaman dibuat di Studio Channel Elevan Kuala Lumpur.
Muzik: D'Suntani Alor Star dan The Zurah II
Lagu: Sanggul Dua, Bunyi Gitar, Hidup Bersama, Che Ainon Janda Muda, Musafir Di Aidilfitri, Selamat Tinggal Pujaan, Dendang Remaja, Kenanganku, Malam Pasar Ria, La Aowbe, Ku Tunaikan Janji, Inai Di Jari.

Selasa, Oktober 07, 2008
Album Radio 3 Suku terbitan 1998
Menerbit/menyusun/mengedar Album jenaka Radio 3 Suku. Artis - Kumpulan Bujang Lapok Group yang terdiri dari - Chick, Chop, Olyn, Mat Shah, Elango, Rockydin, M. Shariff, Etong (Pak Majid), Omara dan Sham. Album ini terbitan tahun 1998. Album ini tidak dirakamkan di studio seperti album-album saya yang lain, sebaliknya dirakamkan di rumah dengan menggunakan peralatan biasa dan mini disc recorder. Keluaran - Omara Production, Seberang Jaya.
Gambar: Majlis Pelancaran Album Radio 3 Suku oleh Aziz Desa (Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah) dalam tahun 1998 di Sungai Petani, Kedah Darul Aman.
Isnin, Oktober 06, 2008
Album Hijau Kuning Raya Sakan 1991
Seronok!! Hijau Kuning Raya Sakan!!. (OMHP9102) Album ini saya terbitkan pada tahun 1991 iaitu album keluaran ke 2 selepas album Untukmu Hijau Kuning yang mendapat sambutan hebat sebelum ini. Artis: - Piee, Maidin dan M. Shariff. Muka Satu: Hatiku Kecewa, Duit Raya dan Terkenang Masa Lalu. Muka Dua: Seronok, Seloka Kueh Raya, Boria Hari Raya. Penerbit: M. Shariff, Terbitan: Omar M. Hashim, Susunan Muzik: M. Shariff, Studio: Channel Elevan, Pemuzik Undangan: Zurah II, Sugito dan G. Perul. Lagu-lagu dan lirik oleh M. Shariff dan Omara.
Ahad, Oktober 05, 2008
Langgan:
Catatan (Atom)