Kenangan saya bersama-sama dengan Amin Khan dan Omar Rojik semasa buat pengambaran kat Butterworth |
Seniman/Pengarah
Filem Omar Rojik atau nama sebenarnya Omar Ali saya kenal di penghujung tahun
80an. Beliau telah mengarah drama Tv pertama terbitan saya iaitu 'Debu Debu
Tanjung' dalam tahun 1988 siaran TV3. Omar Rojik yang lebih mesra saya panggil
abang Omaq yang berasal dari Kedah senang mesra orangnya dan mudah diajak
berbincang. Sesekali dia datang ke rumah saya bersama-sama isterinya Seniwati
Norsiati yang kampung asalnya di Kampong Jawa, Butterworth.
Kali terakhir
saya menemuinya semasa kenduri kahwin anaknya Puteri yang diadakan di Kampong
Jawa, Butterworth. Beliau meninggal dunia mungkin dalam tahun 1998 di Selangor.
Saya tak sempat menziarahi jenazahnya.
Yusof Hashim (adik saya), Norsiati, Omar Rojik dan saya semasa berbincang mengenai Drama Tv Debu Debu Tanjung |
Omar Rojik |
Omar Rojik berhijrah ke Singapura di mana
ketika berada di situlah beliau bertemu dengan R. Azmi yang telah
mendapatkannya pekerjaan sebagai buruh kasar di Syarikat Malay Film Productions
(MFP). Dari situlah beliau mula mengenal dunia filem tempatan. Beliau merupakan
anak Melayu yang diberi peluang mengarah di Syarikat MFP. Pembabitan beliau
dalam bidang lakonan bermula apabila beliau telah diberi tugas memegang
beberapa peranan kecil hinggalah ke peranan yang agak besar.
Dalam perbualan dengannya, Omar Rojik
memberitahu dia ialah penulis cerita asal filem Dr. Rushdi, Antara Dua Darjat
dan Semerah Padi. Sebelum dia meninggal dunia, Abang Omar pernah datang ke
rumah saya mencari video vhs filem Antara Dua Darjat. Adik saya Yusof Hashim
ada simpan video yang dirakamkan dari tv ini dan Omar Rojik pinjam, katanya dia
nak buat semula filem ini berdasarkan dari cerita asal yang dihasilkannya dulu.
Dia juga pernah bercadang dan berbincang dengan M. Shariff hendak menghasilkan
semula filem A Go Go 67. Tapi malangnya kedua dua cadangan ini tidak berjaya
dilaksanakan hinggalah beliau meninggal dunia.
Omar Rojik sedang mengarahkan Drama Tv terbitan saya di Jelutong, Pulau Pinang tahun 1988 |
Omar Rojik penulis cerita Antara Dua Darjat |
Antara
filem-filemnya lakonannya ialah: Nasib Si Labu Labi, Sarjan Hassan, Panggilan
Pulau, Istana Impian, Miskin, Matahari, Rayuan Sukma dan beberapa buah lagi.
Filem arahannya pula ialah – Sayang Ibu, Talak, Mat Salleh Pahlawan Sabah, Si
Luncai, Gila-Gila,
Sayang Si
Buta, Lanang Sejagat, Puaka, Kalau Berpaut di Dahan Rapuh dan lain lain. Cerita asalnya pula ialah untuk
filem – Semerah Padi, Antara Dua Darjat, Sabarudin Tukang kasut, Talak, Dr
Rushdi, Si Luncai, Gila-Gila.
Omar Rojik juga
membuat skreen play (screenplay) untuk filem – Dandan Setia, Megat Terawis,
Sabarudin Tukang Kasut, Gila-Gila, Si Luncai, Mat Saleh Pahlawan Sabah, Talak.
Drama Tv terbitan saya VK Filem Production arahan Omar Rojik, lakonan Imuda |
Saya bertemu
kembali dengan isteri Allahyarham iaitu Norsiati semasa majlis akad nikah dan
perkahwinan Seniman Aziz Sattar yang diadakan di Masjid Shah Alam setahun yang
lalu. Semoga Roh Allahyarham bang Omaq ditempatkan Allah bersama-sama dengan
orang yang beriman dan dicucuri rahmat.
Omar Rojik dalam Filem Matahari |
Omar Rojik dalam Filem Sarjan Hassan |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan