MIMPI KE BINTANG TV2

Dokumentari Tv Kisaah Omara

Omara dalam Telemovie Kami Datang Nak Raya

Ke Pulau Pinang

Isnin, Oktober 13, 2008

Menguruskan Rakaman Ghazal Parti di RTM1 di Angkasapuri

Kumpulan Ajinda Ghazal Parti Kepala Batas telah muncul dalam rancangan Harmoni Malaysia RTM1 di Angkasapuri. Setelah tiga puluh tahun menyepi, kini Ajinda Ghazal Parti Kepala Batas muncul kembali. Kassim pemain akordian bertindak sebagai pemimpin. Kini hanya tinggal Kassim seorang pemain asal kumpulan ini sewaktu zaman kegemilangannya dulu. Putih Hashim dari Ghazal Parti Sungai Bakau turut bersama sebagai pemain biola. Orang lama dari Yan iaitu Ustaz Halim turut bermain flute dan menyanyi. Ghozali dari Bandar Baru, Kedah menyanyi lagu-lagu hindi. Pelawak Chop (Pak Kojek) ataupun gelarannya dalam ghazal parti 'Chop misai kontot" dan Bakar Renjong.Persembahan kumpulan ini di tv hasil usaha saya sendiri yang turut bermain tamborin. Pelakon dan pelawak terkenal Imuda bersama-sama Kumpulan Ghazal Parti sepanjang rakaman sambil memberikan beberapa idea yang menarik.Antara lagu-lagu yang dimainkan ialah 'Ana Winta' nyanyian Ustaz Halim sambil bermain flute. Ghazali pula mendendangkan sebuah lagu hindustani yang dipetik dari filem Sangam. Yusof Saidi menyanyikan lagu 50 Tahun Merdeka yang liriknya ditulis oleh Omar M. Hashim (OMARA) sempena menyambut 50 tahun Malaysia merdeka. Klik di sini untuk menyaksikan persembahannya.