MIMPI KE BINTANG TV2

Dokumentari Tv Kisaah Omara

Omara dalam Telemovie Kami Datang Nak Raya

Ke Pulau Pinang

Jumaat, Julai 17, 2009

Lirik Lagu Tulisan Saya - Kata Mengata

Lirik Lagu:

KATA MENGATA

Lagu: Alias Congo

Lirik: Omar M. Hashim


Satu penyakit, diberi nama kata mengata

Telah menjadi, biasa di merata-rata

Kita kata orang, orang pula kata kita

Kami tidak menyinggung, cumalah nak bercerita


Tengok orang lain senang, hati kita jadi susah

Mulalah kepala jadi pening, sakit dan resah

Hal orang lain, kita cuba nak ambil kesah

Akhirnya kita sendiri, dari tenang naik gelisah


Kata mengata untungnya tak ke mana

Apa pula kata jika diri sendiri yang kena


Apa orang buat, semuanya dikatakan salah

Perkara yang remeh temeh, dibuat jadi masalah

Bertengkar bergaduh bermusuh, hingga bawa berbalah

Sayangnya diri sendiri, tak mahu cuba mengaku kalah


Dengar orang mengata lebih baik kita diam saja

Daripada masuk campur baik pergi buat kerja


Sukakah pula kita, diri dikata orang?

Diri sendiri juga, cuba lihat apa yang kurang

Ambil cermin muka, tengok diri kita terang-terang

Nilai diri sendiri, jangan cuba tuduh sebarang


Jangan jadi amalan suka jaga tepi kain

Kain kita juga pun macam orang lain....

4 ulasan:

  1. Pandai tulis lirik en Omara..

    Saya pernah tengok lawak pak man telo di studio Radio Malaysia Pulau Pinang pada tahun 1987..lama dah..heheh
    bestlah..

    BalasPadam
  2. Khadijah,
    Ada dua tujuan saya tulis lirik, pertama gemar berkarya. Kedua, cari rezeki. Alhamdullilah...semua yang baik itu datangnya dari Allah.

    BalasPadam
  3. wow lama n retro...nice blog.. teringat lawak pakman telo..so thx omaro to join me n follw my blog.. always keep in touch ... be friends ...bgus juga cair rezeki dgn berkarya.. boleh ambe try cuba...

    BalasPadam
  4. Ya TokDon, terima kasih singgah ke sini. Kalau senang datanglah lagi.

    BalasPadam