Hari ini (23 Oktober 2009) ialah sambutan ulangtahun kelahiran anak bungsu Muhammad Asymawi yang ke 14 tahun. Pada 9hb. Oktober baru-baru ini pula ialah hari ulangtahun kelahiran anak sulung Muhammad Asyadi yang ke 31 tahun.
Sempena bulan yang sama, kami ambil keputusan buat sedikit majlis sambutan untuk mereka berdua serentak. Secara sederhana, bersama dengan kaum keluarga terdekat sahaja. Alhamdullilah, semoga diberkati Allah ke dua-dua mereka hidup berjaya, diberikan rezeki, sihat, panjang umur dan diberikan Iman.
Muhammad Asymawi sedang belajar dalam tingkatan 2 dan diharap akan lebih beri perhatian dan tumpuan di bidang pelajaran. Dunia dan akhirat sama-sama pentingnya.
Gambar: Kiri - Asyamawi dan Kanan - Asyadi. (adik dan abang).
Selamat hari jadi dan selamat panjang umur kepada kedua anak en Omara...lama saya tak komen sebab tiap kali nak komen tak boleh..mcm ada masalah..harap kali ni boleh...
BalasPadamKhadijah, dah boleh pun komen..... ingatkan hilang ke mana.....
BalasPadamTerima kasih.....