MIMPI KE BINTANG TV2

Dokumentari Tv Kisaah Omara

Omara dalam Telemovie Kami Datang Nak Raya

Ke Pulau Pinang

Khamis, Julai 09, 2009

Kenangan Dalam Drama Satria 200 Purnama 1987





Dalam tahun 1987, Pengarah adik beradik yang tidak asing lagi Aziz M. Osman dan Zulkifli M. Osman telah datang ke rumah saya yang ketika itu di Taman Bunga Raya, Jalan Baru, Prai, Seberang Perai. Mereka minta tolong carikan lokasi untuk pengambaran sebuah drama bercorak purba. Akhirnya saya membawa mereka ke Kampung Juru, Bukit Mertajam dan dengan bantuan penduduk di situ terutamanya Hj. Said, kami telah dapat beberapa lokasi yang elok dibuat pengambarannya nanti.

Pemilihan pelakon (screen test) dibuat di rumah saya setelah diiklankan dalam radio dan surat khabar. Ramai bakat-bakat baru yang datang untuk diujibakat termasuk seorang pelakon yang terkenal sekarang ini iaitu Zaidi Omar turut hadir (tapi atas sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan, Zaidi tidak diambil berlakon). Pelakon tetap yang sediaada ialah; Hussein Abu Hassan, M. Osman, Zainal TJ dan Shah. Deejay RTM Pulau Pinang yang tidak asing lagi ketika itu Azizah Zahari Majid turut diambil berlakon sebagai isteri kepada Hussein Abu Hassan. Pelakon tempatan pula ialah Osman Harun, Kamarul Ridzwan, Yusof M. Hashim dan saya sendiri.

Pengambaran dibuat di Kampung Juru, Permatang Pasir, Batu Feringhi dan Shah Alam.
Drama SATRIA 200 PURNAMA diarahkan oleh Zulkifli M. Osman dan Zainal TJ. Terbitan: Teletrade. Telah disiarkan di TV3 pada tahun 1988.

Gambar-gambar dipetik dari drama tersebut yang telah di VCDkan.

Boleh juga lihat gambar-gambar lain di SINI

6 ulasan:

  1. Luth, taklah hebat, dok di sini biasa saja tapi kalau di KL tu bolehlah cari makan....

    BalasPadam
  2. Juru kampung saya...Tok Kangar..sekarang ni dah berubah kerana pembangunan...

    BalasPadam
  3. baru 19 tahun masa tu..heheh, tapi masa tu dah 12 tinggal di quarters JKR tamby kecil dah...

    BalasPadam
  4. saya pernah pi dekat quarters JKR tamby kecil tu. sebelah lagi quarters Telekom.

    BalasPadam