MIMPI KE BINTANG TV2

Dokumentari Tv Kisaah Omara

Omara dalam Telemovie Kami Datang Nak Raya

Ke Pulau Pinang

Rabu, Februari 17, 2010

TERKINI - Ahmadi Hassan Meninggal Dunia - 17 Februari 2010



Al-Fatihah, Dengan sedihnya dimaklumkan, rakan baik saya sejak remaja dulu penyanyi Nasyid/pelakon/penerbit/pengarah drama Ahmadi Hassan telah kembali ke Rahmatullah petang tadi jam 5.00 petang di Hospital Al-Islam Kpg. Baru, K. Lumpur.

Jenazahnya kini berada di rumahnya Lot 45733, Lorong 1, Kampung Merbau Sempak, 47000 Sungai Buloh Selangor. Pengkebumian esok 18hb. Mac 2010.

Allahyarham Ahmadi jumpa saya kali terakhir penghujung Disember 2009 lepas, selama tiga hari dia bersama saya. Selepas pulang ke Sungai Buloh, lebih kurang dua tiga kali dia berhubung dengan saya melalui telefon Januari 2010 ini, tak ada tanda-tanda kematiannya... cuma Allahyarham berkata dia akan jumpa saya lagi selepas ini. Dia juga gembira melihat blog ini yang memuatkan kisah dan gambar-gambarnya.

Marilah sama-sama kita sedekah Al-Fatihah kepadanya dan doakan semoga ruhnya berada dalam kebaikkan di sisi Allah....

Gambar terakhir saya dengan Allahyarham baru-baru ini....

5 ulasan:

  1. Al-Fathihah untuk arwah...saya meminati lagu beliau...semoga Allah cucuri rahmat keatasnya...

    BalasPadam
  2. Ya Khadijah dan Fazrulls..... TKasih....
    Sama-sama kita doakan semoga ruhnya ditempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman.....
    Hingga sekarang, saya masih terdengar janjinya nak mai ke sini lagi melalui telefon pada bulan lepas (Januari 2010).... Seolah-olah dia tidak akan pergi lagi.....

    BalasPadam
  3. al-fatihah buat allahyarham..baru jumpa blog ini.minat lagu2 beliau

    BalasPadam
  4. Tkasih SDra Yahaya...... sama sama kita doakan semoga ruhnya ditempatkan bersama mereka yang beriman....

    BalasPadam