MIMPI KE BINTANG TV2

Dokumentari Tv Kisaah Omara

Omara dalam Telemovie Kami Datang Nak Raya

Ke Pulau Pinang

Sabtu, Oktober 03, 2009

Sajak Saya KINI di Akhbar Berita Minggu 1973



Sebuah lagi sajak saya yang telah disiarkan di akhbar BERITA MINGGU pada Ahad, 18 November, 1973. Ketika ini usia saya 19 tahun, baru mula dapat kerja di Kuala Lumpur.

KINI

Gunung-gunung telah runtuh
ranting-ranting telah jatuh
daerah ini mati kini
gema sebuah kemerduan.
Maka berlarilah kaki-kaki
sebuah pendakian
hari-hari yang sepi
mati bersama suci
luruh di tangan.
Sebuah kebenaran
hanyalah mimpi-mimpi
di kaki-kaki.

Omar M. Hashim
Kuala Lumpur.

4 ulasan:

  1. Salam Mamu..

    Wah..satu jangkamasa yg sangat panjang dan pasti suatu masa kelak akan menjadi antara khazanah sangat bernilai..zai dilahirkan pada 1.6.1973 bermakna ketika sajak tu keluar zai baru berusia 4 bulan..

    Saya sangat menghormati orang2 lama spt mamu kerana pasti banyak ilmu yg boleh dikongsikan buat generasi muda kita sebelum kita menutup mata...

    Mudah2an Allah memberi kesihatan yg baik buat mamu sehingga kehujung nyawa..

    BalasPadam
  2. Waalaikum salam Zai,
    Ya ke, zai lahir 1 jun 1973. Saya pula masuk kerja di KL 2 Mei 1973. P. ramlee meninggal 29 Mei 1973.
    Sekali sekali saya akan masukkan karya-karya saya ni satu persatu supaya tidak lenyap begitu saja di masa depan....
    Walaupun kita menuju ke depan, tapi sesekali tolehlah juga ke belakang bekas tapak-tapak yang kita lalui...

    BalasPadam
  3. Salam buat mamu...mesti ada sejarah tersendiri dgn sajak ni kan mamu..mungkin boleh mamu ceritakan sikit..

    BalasPadam
  4. Terima kasih aaapit dan Salam!
    Terus terang, memang saya benar-benar terlupa kerana dah berlalu begitu lama. Puas juga saya berfikir untuk mengingati kembali kenapa saya tulis sajak ni tapi tak dapat. Cuma ketika remaja, jiwa saya banyak tersentuh dengan kehidupan masyarakat kota (Kuala Lumpur), ketika itu saya seorang anak kampung yang baru berhijrah ke bandar. Mungkin begitulah agaknya.....

    BalasPadam