MIMPI KE BINTANG TV2

Dokumentari Tv Kisaah Omara

Omara dalam Telemovie Kami Datang Nak Raya

Ke Pulau Pinang

Jumaat, Mac 06, 2009

Ketika Usia Saya 4 Tahun di Tahun 1958



Apabila lapang, saya selongkar (cari) gambar-gambar lama dalam simpanan. Yang mana dapat dulu, saya masukkan dulu dalam blog Di Sepanjang Riwayat Ku ini. Sekurang-kurangnya gambar lama ini tidak dilupakan begitu sahaja atau dibiarkan dimakan anai-anai. (Memang ada yang dimakan anai-anai dah pun).

Selongkar punya selongkar (maaf, guna bahasa orang utara) akhirnya dapatlah saya siarkan yang ini dulu.

Gambar Kiri - Ketika usia saya 4 tahun di tahun 1958. Kakak - Rogayah, Emak, Yusof (adik) dan saya. Lokasi di rumah asal kami Kg. Tok Panjang, Bukit Tengah, Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang. (sekarang rumah ni dah diubahsuai). Rasa-rasanya macam nak kembali ke zaman ini...

Gambar Kanan - Salmah (sepupu, kami panggil Kak Salmah), Yusof sedang didukung oleh Mak dan saya sebelah kanan (tak pakai baju)

1 ulasan:

  1. seronok tgk pic2 lama mcam nie..warna hitam pth lgi..bkn senang nak dpt yang ori macam nie..hehe suma nie kenangan.. tgk pic2 dalam blog mamu nie tingat saya masa zaman sekolah tahun 90an dulu..huhu macam mamu ckp la tingin nak ke zaman tuh balik...tahniah la wat mamu..huhu

    BalasPadam