MIMPI KE BINTANG TV2

Dokumentari Tv Kisaah Omara

Omara dalam Telemovie Kami Datang Nak Raya

Ke Pulau Pinang

Isnin, April 27, 2009

Menguruskan Kumpulan Boria Budayasari Buat Persembahan Di PWTC Kuala Lumpur




Saya telah menguruskan Kumpulan Boria Budayasari Pulau Pinang ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur pada hari selasa 21 April 2009. Dua buah persembahan boria untuk Majlis anjuran BAHAGIAN MULTIMEDIA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA ini ialah 'Martabatkan Bahasa' dan 'Lumba Haram'.

Seramai 15 orang ahli-ahli boria yang terdiri dari Tukang Karang, Sailor dan Pelakon Sketsa menaiki keretapi malam dari Butterworth dan pulang dengan keretapi juga pada malam selepas persembahan tersebut. Terima kasih Dr. Amran Joned (Ketua Bahagian Multimedia), Encik Jamaluddin Mohd Sulong (Ketua Bahagian Sains dan Teknologi), Pn. Siti Zaleha M. Hashim (Bahagian Multimedia), Puan Rohana Abdul Rahman (Bahagian Multimedia) dan Encik Arshad bin Rawian (Ketua Bahagian Penerbitan Bahasa) yang menyambut kami.

Pelawak Imuda dan Lan (LNJ) turut beraksi dalam kedua-dua sketsa boria yang saya juga turut berlakon bersama-sama dengan Abu Bakar Kassim, Yusof M. Hashim dan Sharifah. Sambutan dari penonton amat membanggakan kerana seni persembahan boria yang diadakan di PWTC, Kuala Lumpur ini jarang-jarang sekali dipersembahkan di luar Pulau Pinang.
Beberapa orang guru yang sebelum ini pernah menghubungi saya melalui telefon telah datang menemui saya di belakang pentas. Pemimpin Kumpulan Boria Ibukota dari Kuala Lumpur juga turut menemui saya (maaf saya terlupa nama, harap dapat hubungi saya kembali), kalau tak silap Hj. Mohd. Ghouse salah seorang daripadanya.

Gambar Kiri - Persembahan Boria oleh Kumpulan Boria Budayasari Pulau Pinang di Pesta Buku Antarabangsa PWTC.
Gambar Kanan - Kumpulan Boria Budayasari dalam perjalanan di atas keretapi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan