MIMPI KE BINTANG TV2

Dokumentari Tv Kisaah Omara

Omara dalam Telemovie Kami Datang Nak Raya

Ke Pulau Pinang

Khamis, April 02, 2009

Pusat Seni Setempat dan Teater Di Kompleks Pustaka Warisan Seni



Sahabat saya Lee atau nama penuhnya Razali Ridzuan akan mementaskan teater arahannya 'Lagu Tu Lagu Ni' bertempat di AUDITORIUM P.RAMLEE TAMAN BUDAYA NEGERI KOMPLEKS PUSTAKA WARISAN SENI LOT 2180 LINTANG P.RAMLEE OFF JALAN P.RAMLEE PULAU PINANG PADA 11 & 12 /O4/2009 JAM 8.45 MALAM (KUPON RM5) anjuran PERSATUAN KERSANI. Sebelum ini beliau memberitahu saya 'Lagu Tu Lagu Ni' merupakan sebuah teater komedi yang penuh sindiran.

Sementara itu satu PEMENTASAN MAKYONG  “Dewa Indera Indera Dewa”  OLEH KUMPULAN MAK YONG SERI NILAM ISTANA BUDAYA sempena program PUSAT SENI SETEMPAT 2009 akan diadakan pada : 04 April 2009 (Sabtu) masa : 8.45 malam bertempat :
di Pentas Arena, Taman Budaya Negeri, KPWS, Lintang P.Ramlee, Pulau Pinang (RUMAH P.RAMLEE). Terima Kasih kepada rakan saya Sebat Luncai yang mengirimkannya kepada saya.

Gambar Kanan - Lee atau Razali Ridzuan Pengarah Teater Lagu Tu Lagu Ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan