MIMPI KE BINTANG TV2

Di Sepanjang Riwayat Omar Hashim Omara

Khamis, November 27, 2008

Menguruskan Perarakan Kereta Berhias di Dataran Merdeka



Kiri - Keratan akhbar Harian Metro 28 November 2008 - menyiarkan berita dan gambar kereta berhias 'Makanan George Town' yang menunjukkan Fazli sedang melambung roti canainya.

Kanan - Keratan akhbar Utusan Malaysia Edisi Jawi 1 Disember 2008 - menyiarkan berita dan gambar kereta berhias 'George Town Perniagaan Dan Kraf Tradisi'. Kelihatan Elango dengan perniagaan rempah ratusnya.

Sempena Majlis Penyerahan Watikah Pengisytiharan Melaka Dan George Town sebagai Tapak Warisan Dunia pada 22 November 2008 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, saya telah diberi kepercayaan menguruskan Perarakan Kereta Berhias. Dua buah kereta berhias di bawah urusan saya ialah - 1. George Town Perniagaan Dan Kraf Tradisi. 2. George Town Gerai Makan.

Antara rakan saya yang turut bersama ialah - Elango, Arzaman, Fazli dan Aziz. Anak saya pula ialah - Muhammad Asyadi dan Asnurrani (sebagai pembeli).

Perarakan yang melalui pentas utama di Dataran Merdeka pada malam itu telah mendapat perhatian ramai terutamanya kereta yang membawa peniaga makanan kegemaran ramai di Pulau Pinang.

Foto oleh: Omar M. Hashim



Sabtu, November 08, 2008

Terbit Drama Ke Dua, 'Menebus Maruah' tahun 1988

Drama Tv ke dua keluaran saya bersama-sama dengan Yusof M. Hashim (adik) dan Kamarul Ridzwan dengan syarikat kami sendiri - V.K. FILM PRODUCTION ialah 'Menebus Maruah'.

Pengurus Produksi : Omar M. Hashim, Yusof M. Hashim dan Kamarul Ridzwan.
Drama: 'Menebus Maruah'
Tahun: 1988
Pengarah: Ahmadi Hassan
Pen. Pengarah: Nik Mat
Skrip: Azizi Hj. Abdullah
Keluaran: V.K. Film Production
Siaran: TV1 RTM
Pelakon: M. Rajoli, Rubiah Suparman, Karim Latiff, Wan Chik Daud, Yusof M. Hashim, Mahmud Samad, Kamarul Ridzwan dll.