MIMPI KE BINTANG TV2

Di Sepanjang Riwayat Omar Hashim Omara

Isnin, September 26, 2011

Jadi Juri atau Pengadil


















Alhamdullilah. Saya kerap juga diundang untuk menjadi juri atau pengadil sesuatu pertandingan yang diadakan.

Antaranya, Nyanyian, Nasyid, Boria, Puisi, Seni dan sebagainya.

Sebenarnya saya sendiri kurang selesa bila dilantik sebagai juri atau pengadil kerana tidak dapat memuaskan kesemua peserta. Kalah menang mesti ada yang tidak puas hati. Tapi jika orang jemput, saya terima dan ada juga yang saya tolak. Jika tak jemput pun tak mengapa. Lebih baik saya jadi penonton saja.

Dalam pertandingan boria, saya pernah diundang jadi pengadil hingga ke Selangor dan Kuala Lumpur. Yang lain-lain tu di negeri negeri sebelah utara saja.

Tetap bersyukur kepada Allah, kerana semuanya adalah pemberiannya.

Berita Hiburan Tulisan Saya di akhbar Mingguan Malaysia 1974

Berita Hiburan yang saya tulis dalam tahun 1974 telah disiarkan di Akhbar Mingguan Malaysia pada 7 April 1974.

“..... Setelah banyak membuat rakaman lagu-lagu ke piring hitam, penyanyi M. Shariff yang terkenal dengan lagu-lagu berirama Hindustan akan merakamkan lagu-lagunya di India pula......”

Khamis, September 22, 2011

Kenangan Zaman Penulisan Puisi ketika remaja






Masa remaja, zaman menulis puisi. Karya karya saya dalam bentuk sajak banyak dihasilkan dan telah tersiar di Radio, Tv, Majallah dan Surat Khabar.

Sebahagian yang pernah disiarkan saya paparkan di sini sebagai kenang-kenangan.

Sekarang ni dah berubah bidang, idea nak tulis sajak dah kurang. Kenangan beratus-ratus sajak karya saya ada dalam dua buah buku yang saya tulis dan simpan sendiri hingga sekarang.

Pada mulanya saya bergiat sendiri. Kemudian menyertai Persatuan Penulis Negeri Pulau Pinang iaitu 2PNP dan pernah dilantik menjadi Ahlijawatankuasa di peringkat awalnya.

Antara Majalah yang pernah siar sajak saya ialah; Majallah Filem, Sinar Zaman, Gema RTM, Dian dan beberapa buah lagi (dah terlupa).

Antara Akhbar pula ialah Berita Minggu, Balai Muhibbah dan ada lagi juga tak dapat diingat. Karya di Radio yang disampai melalui deklamasi pula ialah Radio Malaysia Pulau Pinang, Radio Malaysia Ipoh, Radio Malaysia Melaka, Radio Malaysia lain lain lagi.

Yang paling tak dapat dilupakan ialah pernah tersiar di Tv1 sebanyak dua kali dalam rancangan Majalah Tv. Pertama berjodol 'Mentari dan Bumi' (1971) dan kedua '13 September di Sungai Kerian' (1971).

Rabu, September 14, 2011

Telemovie Duda Du Di

Sebuah Telemovie komedi DUDA DUDI di Tv1 RTM 25 September 2011 jam 10 pagi.