MIMPI KE BINTANG TV2

Dokumentari Tv Kisaah Omara

Omara dalam Telemovie Kami Datang Nak Raya

Ke Pulau Pinang

Khamis, September 22, 2011

Kenangan Zaman Penulisan Puisi ketika remaja






Masa remaja, zaman menulis puisi. Karya karya saya dalam bentuk sajak banyak dihasilkan dan telah tersiar di Radio, Tv, Majallah dan Surat Khabar.

Sebahagian yang pernah disiarkan saya paparkan di sini sebagai kenang-kenangan.

Sekarang ni dah berubah bidang, idea nak tulis sajak dah kurang. Kenangan beratus-ratus sajak karya saya ada dalam dua buah buku yang saya tulis dan simpan sendiri hingga sekarang.

Pada mulanya saya bergiat sendiri. Kemudian menyertai Persatuan Penulis Negeri Pulau Pinang iaitu 2PNP dan pernah dilantik menjadi Ahlijawatankuasa di peringkat awalnya.

Antara Majalah yang pernah siar sajak saya ialah; Majallah Filem, Sinar Zaman, Gema RTM, Dian dan beberapa buah lagi (dah terlupa).

Antara Akhbar pula ialah Berita Minggu, Balai Muhibbah dan ada lagi juga tak dapat diingat. Karya di Radio yang disampai melalui deklamasi pula ialah Radio Malaysia Pulau Pinang, Radio Malaysia Ipoh, Radio Malaysia Melaka, Radio Malaysia lain lain lagi.

Yang paling tak dapat dilupakan ialah pernah tersiar di Tv1 sebanyak dua kali dalam rancangan Majalah Tv. Pertama berjodol 'Mentari dan Bumi' (1971) dan kedua '13 September di Sungai Kerian' (1971).

2 ulasan:

  1. Salam..saya sangat terharu membaca puisi yang ditulis oleh tuan Omara.. Sungguh puitis dan tajam dalam masa yang sama.. teruskan menulis...

    BalasPadam
  2. Terima kasih Silent Reader.....
    Hanyalah puisi biasa dari saya.... remaja lagi ketika menulis tu...
    Tkasih kerana sudi membacanya....

    BalasPadam