MIMPI KE BINTANG TV2

Di Sepanjang Riwayat Omar Hashim Omara

Rabu, September 16, 2009

Beberapa Pertemuan Di Majlis Berbuka Puasa





Nampaknya di penghujung Ramadhan kali ini dua tiga kali saya berbuka puasa dengan kawan-kawan. Pertama dengan Luth Textile dan Panglima Hitam dari rakan Bloggers Penang. Kali ke dua dalam majlis berbuka puasa rakan Bloggers Penang yang dibuat khas oleh Hadi dan Luth. Kali ke tiga pula dengan rakan lama Mohd. Ismail Ariffin (juga rakan facebook).

Pertemuan dengan rakan Bloggers Penang memang telah lama dirancangkan oleh pengendalinya Hadi (seorang anak muda) bersama rakannya Luth (masih 20an). Majlis yang berlangsung di Restoran Bangkok Station, Jalan Baru, Prai ini turut dihadiri lebih kurang 10 orang bloggers Pulau Pinang. Saya sampai awal, sebelum 6.30 petang. Duduk dalam kereta dulu... maklumlah tak kenal siapa-siapa yang datang kecuali Luth dan Panglima Hitam yang baru kenal seminggu.

Hampir pukul 7 malam, Hadi dan Luth telefon saya; "Mamu ada kat mana?". "Sini... tempat parking...", jawab saya. Pertama kali saya jumpa Hadi, seorang anak muda yang amat saya banggakan. Dia dan rakan-rakannya menghormati saya 'orang lama' sejak berkenalan dalam blog masing-masing dulu lagi. Saya terharu atas daya usaha mereka yang tidak pernah berputus asa ini. Diperkenalkan dengan rakan-rakan lain Bloggers Luth ,Hadi , Bloggers Ust. Baba, Bloggers Mama Moden ,Bloggers Fazrulls , Bloggers JulietAnna & Bloggers Baby Wify.. Sebelum keluar dari rumah, saya serba salah... nak pakai songkok ke, ketayap ke, topi ke atau tak pakai apa.... Saya tunjukkan wajah yang asli.

Ustaz Baba dan Mama Moden rupa-rupanya suami isteri. Anak-anak mereka juga turut berblog kecuali yang kecil. Dengan Fazrulls saya banyak bercakap mengenai boria Mengkuang Road. Bloggers perempuan saja yang tak bercakap apa-apa dengan saya. Sesekali Hadi ketawa kecil tanda kepuasan. Orang Tanjung kata 'lega'....

Pada malam 26 Ramadhan pula saya dan adik saya Yusof berkesempatan berbuka puasa dengan Mohd. Ismail Ariffin (Ismail Benariffin nama dalam facebooknya). Mail adalah rakan lama saya yang berpisah sejak 20 tahun yang lalu. Kini kami bertemu kembali melepaskan rindu masing-masing. Sengaja kami tidak berbual panjang (walaupun sebenarnya panjang) kerana nak simpan jadi modal bualan pada hari raya ini pula.... Mail kata dia rasa kami semua muda macam dulu juga termasuk dirinya. Biar orang nampak tua, tapi kami tidak kerana dua puluh tahun yang berlalu itu kami pendekkan....

Alhamdullilah! Seronok, sedih, pilu, hiba, suka, ceria dan macam-macam ada.... Semoga Allah memberkati pertemuan-pertemuan ini. Panjang umur.... jumpa lagi!

7 ulasan:

  1. syabas mamu...hehe,pasnie leh la kta wat lagi nooo...
    tu gambaq bla punya lak tue?
    oooo....pandai nooo,p dua org jaa..hehe

    BalasPadam
  2. Salam Omara, Seronok dan teruja berjumpa dengan Omara....... lama dok berangan kot-kot boleh jumpa, dah dimakbulkan Allah Taala. Moga pertemuan singkat akan menjalin teguh ukhuwah sepanjang zaman. Pak Yusof RTM Kirim Salam........ Assalamualaikum.

    BalasPadam
  3. Salam mamu,

    Berjumpa jua kita akhirnya.. pertama kali baca blog mamu rasa bangga sebab ada juga orang lama yang berblog.. tinggalkan coretan dan kenangan buat rujukan yang muda. Kira boleh jadi khazanah buat masa akan datang...

    Saya da tunjuk gambar mamu kat mak dan pakcik saya.. kenal sangat lah depa dengan mamu omara ni.. dulu selalu ke udara kan?? Radio pulau mutiara.. rasanya...

    Apa pun diharap dapat berjumpa dilain masa dan ketika, boleh sembang lagi pasai boria mengkuang road. Saya dok tercari2 gambar yang saya tangkap dulu tapi entah letak di mana.. nanti saya posting kalau dah jumpa..insyallah...

    Salam dan diucapkan selamat menyambut hari raya buat mamu sekeluarga...

    Fazrulls

    BalasPadam
  4. Terima kasih Adi Putra,
    walaupun sekejap berjumpa mesra,
    berbuka puasa menjamu selera,
    antara blogger dengan omara.

    BalasPadam
  5. Salam Ustaz Baba, Waalaikumsalam kepada Yusof Mat. Bagus pertemuan tu, cuma kalau ada masa lebih sikit bolehlah kita berbual lagi. Bersyukur kepada Allah yang memberikan rahmatNya. Selamat hari raya Ustaz dan Mama Moden sekeluarga....

    BalasPadam
  6. Wah mamu, muda 20tahun kalau dengan kawan - kawan lama? hahaha.

    apa yang saya nak tulis, saya bangga dapat berkenalan dan dapat berjumpa dengan mamu. terima kasih kerana ikut serta program kami, nanti insyaallah kita buat gathering raya pula ya.

    selamat hari raya mamu. maaf zahir dan batin

    BalasPadam
  7. salam sobat
    wah merih sekali nampak ,,saat berbuka puasanya nich,,

    selamat menyambut hari raya Idhul Fitri 1430H
    minal aidhin walfaidzin juga kepada Pak OMAR sekeluarga disini.

    BalasPadam