MIMPI KE BINTANG TV2

Di Sepanjang Riwayat Omar Hashim Omara

Ahad, September 06, 2009

Akhirnya Saya Bertemu Juga Luth Textile dan Panglima Hitam



Setelah berkali-kali cuba mengatur pertemuan, akhirnya saya dapat bertemu juga dengan Blogger Luth Textile dan Panglima Hitam. Kami mengaturkan pertemuan di Restoran Langkawi, Telok Air Tawar, Butterworth, Seberang Perai. Berbuka puasa bersama.

Kami bercakap mengenai pelbagai kisah peribadi, artis, seni hingga ke komputer, blog dan it. Jika selama ini orang-orang muda dikatakan tidak serasi dengan orang tua di bidang it, rasanya tidak pada mereka berdua. Seorang lagi Hadi (m3frk) yang saya tunggu-tunggu pertemuan dengannya juga. Hadi juga menghormati golongan yang lebih usia daripadanya. InsyaAllah Luth, Panglima dan Hadi akan menjadi insan yang lebih berjaya di masa hadapan jika bersikap begini.

Untuk aktif di blog, saya menyeru juga mereka-mereka yang sebaya dengan saya mencubanya. IT untuk semua, kita buktikan ia sebagai alat komunikasi yang canggih. Kita belum terlambat....

Lihat Live Blogging Luth Textile di http://live.luthtextile.com/live-blogging/berbuja-puasa-bersama-mamu-omara-akhirn

7 ulasan:

  1. Salam mamu, nak buat macam mana mamu. Takdak rezeki nak berjumpa lagi, InsyaAllah. Kalau takdak aral melintang (tiket bas), kita akan jumpa noo..hehe

    BalasPadam
  2. Salam Hadi,kita merancang Allah yang menentukan... InsyaAllah kita akan bertemu juga...

    BalasPadam
  3. seronok dapat berjumpa dengan mamu. orang lama yang banyak pengalaman yang boleh dikongsi dengan orang muda. yang pentingnya, mamu tak sombong untuk terus dekat dengan generasi muda. Keep it up mamu, insyaallah, kegemilangan akan berulang kembali.

    BalasPadam
  4. Terima kasih Luth, Sekali orang muda menghormati Mamu, sepuluh kali Mamu menghormati mereka. Bukan apa Luth, sebelum Mamu jadi tua... dulu pun Mamu muda juga... haaaa..ha....

    BalasPadam
  5. Wow..ada pertemuan antara blogger rupanya..hehehe..Nanti sayab balik ke penang, boleh kot buat perjumpaan..

    BalasPadam
  6. salam sobat
    ada AWARD sederhana untuk sobat,,mohon diterima ya,,di blog NURANURANIKU,,trims.

    BalasPadam
  7. Salam Mamu...

    Bestnya tengok rakan2 blogger yg sudi berjumpa pada pertemuan berbuka puasa baru2 ni.. Zai pun dijemput tapi kebetulan hari yang sama ada majlis berbuka puasa dan moreh diapartment zai utk ahli2 jemaah kat sana..

    Mungkin pada tahun depan kita semua dapat berjumpa lagi insyaAllah...

    BalasPadam