MIMPI KE BINTANG TV2

Di Sepanjang Riwayat Omar Hashim Omara

Isnin, Mei 18, 2009

Salmah Ibrahim Isteri Nordin Ahmad Meninggal Dunia





Sabri Sidek (anak saudara kepada seniman Allahyarham Nordin Ahmad) yang tinggal di Sungai Dua, Butterworth telefon saya bertanyakan mengenai berita kematian ibu saudaranya Salmah Ibrahim. Keluarga Nordin Ahmad di Seberang Perai tidak tahu lebih lanjut melainkan setelah membaca sebuah artikel tulisan Adam Salleh dalam akhbar Harian Metro.

Untuk kepastian, pagi ini saya telah menghubungi Penulis lirik dan penerbit siri Tv terkenal Yusnor Ef yang sedang dalam perjalanan pulang dari Singapura ke Kuala Lumpur. Beliau mengesahkan berita tersebut dan memberitahu Salmah Ibrahim telah meninggal kira-kira dua minggu lalu di Padang, Sumatera kerana sakit jantung.

“...Siapa tidak kenal Allahyarham Nordin Ahmad (1927-1971)? Ketokohannya dalam Sri Mersing, Lancang Kuning, Sultan Mahmud Mangkat Dijulang mahupun Jebat menjadikannya aktor terhebat filem Melayu. Isterinya pula, Salmah Ibrahim cuma insan seni biasa; daripada penari hingga menjadi ‘chorus girls’, tetapi hasil perkahwinannya dengan Nordin, secara tidak langsung populariti Salmah turut bergemerlapan.

Sepanjang pembabitannya dalam filem Melayu sejak 1951, Salmah sempat membintangi 12 filem, antaranya Takdir Ilahi, Sedarah dan Juwita. Kebanyakan watak yang diserahkannya agak kasar seperti watak jahat, selebihnya penari saja, tidak seperti Allahyarham Normadiah dan Bobby Castello (ibu Tony Castello, bintang kanak-kanak dalam Anakku Sazali) yang bertindak sebagai guru tarian....”

Sidek Ahmad, adik kepada Allahyarham Nordin Ahmad dan keluarganya sedih kerana tidak diberitahu mengenai berita kematian kakak iparnya itu. Walaubagaimana pun mungkin mereka akan cuba juga menghubungi keluarga Allahyarham Salmah.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruhnya. Al-Fatihah.

Kanan bawah – gambar Sidek Ahmad (adik Nordin Ahmad) semasa ditemuramah dalam rancangan Bicara Lagenda, Astro terbitan Yusnof Ef. Saya membantu Yusnor Ef di sepanjang menjejaki keluarga Nordin Ahmad dan pengambaran yang dibuat di Sungai Dua, Butterworth tidak lama dulu.

5 ulasan:

  1. Al Fatihah... Seniman Nordin Ahmad wajar diberi pengiktirafan sepertimana seniman agung lain... sedih.

    BalasPadam
  2. Ya betul tu Sdra Ahmad, Semoga akan ada pihak yang berbuat sesuatu untuk berikan pengiktirafan kepadanya nanti..... Tkasih...

    BalasPadam
  3. Aku Peminat Setia Allahyarham Nordin Ahmad.. Kenapa RTM, TV3 Serta Astro Tidak Lagi Menayangkan Filem2 Allahyarham? Balik2 Filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee Yang Diulangtayangkan Tiap2 Minggu Dgn Cerita2 Yang Sama?

    BalasPadam
  4. orang seni dinegara kita masih terabai ,tiada pengiktirafan sama rata macam pahat dgn penukul saja layaknya,nordin ahmad jika dinilai kualiti lakunannya memang sukar dicari ganti walau pun dia tidak serba buleh seperti p.ramlee tapi disudut lakonannya beliau mengatasi p/ramlee

    BalasPadam
  5. Tkasih Sdra Abdul Jalil Fauzi,
    Ya. memang betul apa yang dikatakan oleh Saudara.
    Ada kalanya, bila orang itu dah tiada, barulah hendak dikenang.
    Apa pun seharusnya kita tidak demikian, tetap menghargai jasa jasa mereka yang tidak ternilai ini.

    BalasPadam