MIMPI KE BINTANG TV2

Di Sepanjang Riwayat Omar Hashim Omara

Ahad, Januari 29, 2012

L. Ramlie Dulu dan Kini Tetap Rakan Sejati


Saya kenal Dato' L. Ramlie sejak saya masih remaja lagi. Lihat perbezaan kami dalam gambar dulu dan sekarang kat atas. Dulu L. Ramlie... Kini Dato' L. Ramlie. Seorang yang peramah dan mudah mesra. Sentiasa bersama susah dan senang.

 "Beliau dilahirkan pada tahun 1942 di Sungai Nibong Besar, Pulau Pinang, dari keturunan campuran Melayu dan Siam. L. Ramli mula menceburkan diri dalam bidang seni dengan menyertai kumpulan boria di kampungnya. 


Beliau kemudiannya merakamkan lagu Dara Pujaan pada tahun 1962 bersama kugiran Orkes Teruna Ria. Apabila mendapat sambutan hangat, beliau terus merakamkan lagu-lagunya bersama kugiran ini seperti Antara Kau Dan Aku, Salma, Pertemuan Terakhir, Puja, Nasib Si Pungguk, Oh Nona, Teruna Pun Tidak Dara Pun Bukan dan Sudah Ku Katakan. 


Pada tahun 1970, L. Ramli bersama Sarena Hashim dan Habibah Yaakob merakamkan lagu-lagu latar untuk filem Kembang Layu keluaran Studio Merdeka."

Ahad, Januari 22, 2012

Rumah Di Lokasi Yang Sama Tahun Berbeza

Lokasi di Kampung Tok Panjang, Bukit Tengah, Bukit Mertajam, Seberang Perai. Dulu kini dan sekarang. Rumah yang telah dibina oleh arwah bapaku Hj. Hashim bersama ibuku dulu. 

Rabu, Januari 18, 2012

Lukisan dan Sketch Wajah Saya dari Imuda dan Norida

                                                                               
Antara lukisan lukisan dan sketch gambar saya oleh rakan saya Imuda dan Norida Mohd Ali.

Pada mulanya Imuda lukis gambar kami Kumpulan Galapagos untuk dijadikan kulit depan dan belakang album GALAPAGOS LAWAK SANTAI yang diedarkan oleh Insictech Musicland Sdn. Bhd.. Selepas itu Imuda lukis pula beberapa gambar saya lagi dan dimasukkan ke dalam Facebook saya.

Norida Mohd Ali pula, seorang rakan FB dari Kuala Lumpur melukis dan masukkan ke dalam Facebook gambar di sebelah ini.

Diucapkan ribuan terima kasih kepada Imuda dan Norida yang sudi menghadiahkan lukisan dan sketch ini. Amat saya hargai sepanjang masa dan saya abadikan di sini.






Selasa, Januari 17, 2012

Mendaki Gunung Jerai Pakai Selipar

 Tahun 1988 - Bersama rakan-rakan Telekom Butterworth dan Pulau Pinang kami ke Gunung Jerai. Kami mendaki ke kemuncak sampai di Stesyen Pemancar Telekom dan Televisyen. Antara yang masih saya ingat lagi ialah Pak WanSoo, Yatim (Meninggal), Razak, Ayub Hashim, Saidin, Ramli Hashim dan ramai lagi.
Saya dan arwah Yatim kami mendaki dengan memakai selipar sahaja.

Sabtu, Januari 14, 2012

Datuk Dr Ahmad Nawab Diraikan oleh PEMENANG





Seniman Negara Datuk Dr Ahmad Nawab telah diraikan oleh PEMENANG (Persatuan Melayu Pulau Pinang) di Majlis Jamuan Petang di rumah persatuan Jalan Pemenang baru baru ini. Sebagai anak seni Pulau Pinang selain dari Tan Sri Dr. P. Ramlee, Datuk Dr Ahmad Nawab juga salah seroang yang turut mengharumkan Pulau Pinang di persada seni tanahair.

Komposer dan pemuzik terkemuka tanah air yang telah menggubah lebih 2,000 lagu sejak penglibatannya dalam dunia seni, menerima Anugerah Seniman Negara 2006,
Anugerah tersebut yang disampaikan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail, merupakan salah satu daripada Anugerah Seni Negara (ASN) 2006 anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa).

Yang Dipertua Pemenang Datuk Seri Mohd Yusuf Latiff  telah menyampaikan cenderamata di majlis tersebut dengan kehadiran rakan-rakan seni seperti Anggota dan pemimpin kumpulan Orkes Teruna Ria, Dato' Bashir Ahmad, penyanyi Siti Fairuz dan ramai lagi.

Datuk Dr Ahmad Nawab juga telah menunjukkan buku Biografi 'Legasi Ahmad Nawab'  yang telah dilancarkan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim pada Jun 2011 lalu, bersempena Majlis Penghargaan Industri Filem 2011 yang bertempat di Hotel One World, Bandar Utama. Nama Ahmad Nawab sudah terlalu sinonim di industri muzik sejak zaman P.Ramlee lagi. Pembabitan seniman negara ini selama lebih 40 tahun dalam industri muzik tempatan, ternyata memberi sumbangan besar apabila dicatatkan dalam Malaysia Book of Records atas kejayaan beliau menggubah lebih 2,000 lagu.

Semoga pengiktirafan seperti ini akan diberikan lagi kepada insan-insan seni yang lain dari seluruh tanahair ketika hayat mereka masih lagi ada.


Rabu, Januari 11, 2012

Tiga Generasi Ketika Masuk Sekolah Rendah

Gambar 3 Generasi


Omar Hashim
bapa kepada
Muhammad Asyadi


Muhammad Asyadi
bapa kepada
Muhammad Amsyar


Muhammad Amsyar
cucu kepada
Omar Hashim


Kami bertiga dari tiga generasi. 

Selasa, Januari 10, 2012

Masa Bersekolah Rendah 1961 - 1966

Darjah 4 bersama Cikgu Fatimah.
Kenangan masa bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Bagan Tuan Kechil Butterworth dari tahun 1961 hingga tahun 1966.

Ketika ini saya tinggal bersama keluarga di rumah No. 5B, Jalan Kelab, Butterworth. Adik saya Yusof Mat Hashim juga bersekolah di sini dari tahun 1963 hingga 1968.

Guru Besar ketika ini Cikgu Ismail Bin Ngah Salam. Pergi balik sekolah naik beca roda tiga sewa (lanca).

Guru Darjah 1, Cikgu Md. Isa (Gambar terkini 2009)

Rabu, Januari 04, 2012

Peninggalan Arwah Emak Dari Tahun 1954 Lalu Masih Elok



Tuala atau kain selimut yang digunakan oleh arwah emak untuk membalut saya ketika tidur selepas baru dilahirkan dalam tahun 1954 dulu masih lagi tersimpan rapi.

Inilah peninggalan yang amat berharga dari arwah emak kepada saya yang masih boleh dilihat dan dipegang hingga kini. Mengikut tulisannya, kain ini buatan Britain.

Ianya berumur 57 tahun, sama dengan umur saya ketika menulis catitan ini (4 Januari 2012).