MIMPI KE BINTANG TV2

Di Sepanjang Riwayat Omar Hashim Omara

Sabtu, Januari 14, 2012

Datuk Dr Ahmad Nawab Diraikan oleh PEMENANG





Seniman Negara Datuk Dr Ahmad Nawab telah diraikan oleh PEMENANG (Persatuan Melayu Pulau Pinang) di Majlis Jamuan Petang di rumah persatuan Jalan Pemenang baru baru ini. Sebagai anak seni Pulau Pinang selain dari Tan Sri Dr. P. Ramlee, Datuk Dr Ahmad Nawab juga salah seroang yang turut mengharumkan Pulau Pinang di persada seni tanahair.

Komposer dan pemuzik terkemuka tanah air yang telah menggubah lebih 2,000 lagu sejak penglibatannya dalam dunia seni, menerima Anugerah Seniman Negara 2006,
Anugerah tersebut yang disampaikan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail, merupakan salah satu daripada Anugerah Seni Negara (ASN) 2006 anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa).

Yang Dipertua Pemenang Datuk Seri Mohd Yusuf Latiff  telah menyampaikan cenderamata di majlis tersebut dengan kehadiran rakan-rakan seni seperti Anggota dan pemimpin kumpulan Orkes Teruna Ria, Dato' Bashir Ahmad, penyanyi Siti Fairuz dan ramai lagi.

Datuk Dr Ahmad Nawab juga telah menunjukkan buku Biografi 'Legasi Ahmad Nawab'  yang telah dilancarkan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim pada Jun 2011 lalu, bersempena Majlis Penghargaan Industri Filem 2011 yang bertempat di Hotel One World, Bandar Utama. Nama Ahmad Nawab sudah terlalu sinonim di industri muzik sejak zaman P.Ramlee lagi. Pembabitan seniman negara ini selama lebih 40 tahun dalam industri muzik tempatan, ternyata memberi sumbangan besar apabila dicatatkan dalam Malaysia Book of Records atas kejayaan beliau menggubah lebih 2,000 lagu.

Semoga pengiktirafan seperti ini akan diberikan lagi kepada insan-insan seni yang lain dari seluruh tanahair ketika hayat mereka masih lagi ada.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan