MIMPI KE BINTANG TV2

Muda Kembali nyanyian pelawak Maidin

Sabtu, Mei 04, 2013

Omara dan Aida Elias di Majlis Ilham Ku Meraikan Datuk Dr Ahmad Nawab


Omara dan Aida Elias (Manager dan Artis) bersama menghadiri Majlis Makan Malam ILHAM KU anjuran Persatuan Muslim Tanjung Pelita bersama TYT Negeri Pulau Pinang, Tun Dato' Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman Abbas anjuran Kelab Peminat Seniman Negara Datuk (Dr) Ahmad Nawab Pulau Pinang & Persatuan Muslim Tanjung Pulau Pinang (PELITA) di Cititel Hotel, Jalan Penang pada 12 April 2013






Rabu, April 10, 2013

Sambutan Hari Jadi Omara di Kem Lapangan Terbang Sg Petani


 Tepat jam 12 tengahmalam masuk tarikh 8 April 2013, tiba-tiba saya menerima kejutan sambutan harijadi yang dibuat oleh artis saya Aida Elias dan suaminya Yusri. Saya dibawa masuk ke tempat persalinan artis di belakang pentas utama Kem Lapangan Terbang, Sungai Petani, Kedah. Beberapa orang rakan turut bersama menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi meraikan saya pada malam tu.
  Ucapan terimakasih saya kepada Aida dan Yusri serta semua kawan kawan yang turut serta pada malam itu. Jasamu Di Kenang.

Rabu, Februari 06, 2013



AL FATIHAH. DATO' YAHAYA SULONG TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH PETANG TADI DAN JENAZAHNYA AKAN DI BAWA BALIK KE TELOK INTAN PERAK DAN AKAN DIKEBUMIKAN DI SANA. SAMA SAMA KITA SEDEKAHKAN AL-FATIHAH....

Rabu, November 07, 2012

Artikel Penyanyi Veteran Tak Diberi Peluang

 Artikel Hiburan tulisan saya yang disiarkan di akhbar Berita Minggu pada Ahad 5 Mac 1978 bertajuk 'Penyanyi Veteran Tak Diberi Peluang?'.

Rabu, Oktober 31, 2012

Jasmin Hussein Indahnya Bunga Mawar

Penyanyi Jasmin Hussein berasal dari Seberang Perak, Alor Setar. Pernah belajar di Sekolah Menengah Telok Chengai (lelaki), Jalan Kuala Kedah. Beliau juga berbakat dalam seni lukis.

Antara lagunya yang popular suatu ketika dulu, Indahnya Bunga Mawar, Jumpa dan Jumpa Lagi, Joget Langkawi, Marilah Sayang dan banyak lagi.

Gambar Kiri (foto yang saya ambil dalam tahun 70an). Gambar Kanan (gambar terkini yang saya terima dari Facebook). Setakat ini saya tidak ada banyak fakta mengenai Jasmin Hussein, InsyaAllah saya akan jumpa dengannya suatu ketika nanti.



Ahad, Oktober 28, 2012

Sekeluarga Beraya Aidil Adha 2012 dengan Biru Sedondon



 HARI RAYA AIDIL ADHA 2012 berlalu dengan membawa kenangan manis kepada keluargaku. Kali ini dapat beraya bersama-sama dengan isteri, anak, menantu dan cucu. Kebetulan pula kami semua sepakat memakai pakaian sedondon warna biru.

Bertambah menarik lagi, gambar kami telah diabadikan oleh akhbar SINAR HARIAN dalam Edisi Utara pada 28 Oktober, 2012. Semoga Allah panjangkan umur kami semua dan dapat bertemu lagi dalam suasana begini di tahun tahun yang akan datang. InsyaAllah!

Salam Aidil Adha dari saya - Omar Hashim (Omara).





Ahad, Oktober 21, 2012

Craven A Dulu dan Sekarang

Lihat perbezaan dulu dan sekarang di lokasi yang sama. Foto dari Jamil Othman ini diambil di Macalister Road/Datok Keramat Road Pulau Pinang pada tahun 1930. Saya pergi semula ke lokasi yang sama tempat kedudukan gambar ini diambil dan merakamkan gambar terkini pada Mei 2012. Inilah hasilnya bila dulu dan sekarang dibandingkan.

Selasa, September 04, 2012

Seniman Omar Rojik dalam Kenangan


Kenangan saya bersama-sama dengan Amin Khan dan Omar Rojik semasa buat pengambaran kat Butterworth

Seniman/Pengarah Filem Omar Rojik atau nama sebenarnya Omar Ali saya kenal di penghujung tahun 80an. Beliau telah mengarah drama Tv pertama terbitan saya iaitu 'Debu Debu Tanjung' dalam tahun 1988 siaran TV3. Omar Rojik yang lebih mesra saya panggil abang Omaq yang berasal dari Kedah senang mesra orangnya dan mudah diajak berbincang. Sesekali dia datang ke rumah saya bersama-sama isterinya Seniwati Norsiati yang kampung asalnya di Kampong Jawa, Butterworth.

Kali terakhir saya menemuinya semasa kenduri kahwin anaknya Puteri yang diadakan di Kampong Jawa, Butterworth. Beliau meninggal dunia mungkin dalam tahun 1998 di Selangor. Saya tak sempat menziarahi jenazahnya.

Yusof Hashim (adik saya), Norsiati, Omar Rojik dan saya semasa berbincang mengenai Drama Tv Debu Debu Tanjung
Omar Rojik
Omar Rojik berhijrah ke Singapura di mana ketika berada di situlah beliau bertemu dengan R. Azmi yang telah mendapatkannya pekerjaan sebagai buruh kasar di Syarikat Malay Film Productions (MFP). Dari situlah beliau mula mengenal dunia filem tempatan. Beliau merupakan anak Melayu yang diberi peluang mengarah di Syarikat MFP. Pembabitan beliau dalam bidang lakonan bermula apabila beliau telah diberi tugas memegang beberapa peranan kecil hinggalah ke peranan yang agak besar.

Dalam perbualan dengannya, Omar Rojik memberitahu dia ialah penulis cerita asal filem Dr. Rushdi, Antara Dua Darjat dan Semerah Padi. Sebelum dia meninggal dunia, Abang Omar pernah datang ke rumah saya mencari video vhs filem Antara Dua Darjat. Adik saya Yusof Hashim ada simpan video yang dirakamkan dari tv ini dan Omar Rojik pinjam, katanya dia nak buat semula filem ini berdasarkan dari cerita asal yang dihasilkannya dulu. Dia juga pernah bercadang dan berbincang dengan M. Shariff hendak menghasilkan semula filem A Go Go 67. Tapi malangnya kedua dua cadangan ini tidak berjaya dilaksanakan hinggalah beliau meninggal dunia.

Omar Rojik sedang mengarahkan Drama Tv terbitan saya di Jelutong, Pulau Pinang tahun 1988
Omar Rojik penulis cerita Antara Dua Darjat
Antara filem-filemnya lakonannya ialah: Nasib Si Labu Labi, Sarjan Hassan, Panggilan Pulau, Istana Impian, Miskin, Matahari, Rayuan Sukma dan beberapa buah lagi. Filem arahannya pula ialah – Sayang Ibu, Talak, Mat Salleh Pahlawan Sabah, Si Luncai, Gila-Gila,
Sayang Si Buta, Lanang Sejagat, Puaka, Kalau Berpaut di Dahan Rapuh  dan lain lain. Cerita asalnya pula ialah untuk filem – Semerah Padi, Antara Dua Darjat, Sabarudin Tukang kasut, Talak, Dr Rushdi, Si Luncai, Gila-Gila.

Omar Rojik juga membuat skreen play (screenplay) untuk filem – Dandan Setia, Megat Terawis, Sabarudin Tukang Kasut, Gila-Gila, Si Luncai, Mat Saleh Pahlawan Sabah, Talak.

Drama Tv terbitan saya VK Filem Production arahan Omar Rojik, lakonan Imuda
Saya bertemu kembali dengan isteri Allahyarham iaitu Norsiati semasa majlis akad nikah dan perkahwinan Seniman Aziz Sattar yang diadakan di Masjid Shah Alam setahun yang lalu. Semoga Roh Allahyarham bang Omaq ditempatkan Allah bersama-sama dengan orang yang beriman dan dicucuri rahmat.
 



Omar Rojik dalam Filem Matahari
Omar Rojik dalam Filem Sarjan Hassan


Isnin, Ogos 13, 2012

Album Nostalgia HIJAU KUNING Keluaran Omara Production




Atas permintaan ramai, saya cetak album UntukMu Hijau Kuning dan Hijau Kuning Raya Sakan dalam bentuk CD.

Album album ini ialah terbitan dan keluaran saya sendiri pada tahun 1991 dengan logo Omara Production.

Artis artis yang terlibat ialah - M. Shariff, Piee dan Maidin. Penerbit - M. Shariff . Muzik - Zurah II pimpinan M. Shariff. Studio - Channel 11, Kuala Lumpur. Penerbit Eksekutif - Omar Hashim Omara



Sabtu, Ogos 11, 2012

Datuk L. Ramlie Sibuk Dengan Perniagaannya

Datuk L. Ramlie @ L. Ramlee @ L. Ramli... sibuk dengan perniagaannya sekeluarga sepanjang bulan puasa dengan membuka gerai Ramadhan yang menjual nasi daging, nasi tomato dan aneka jenis lauk pauk di hadapan rumahnya di Jalan Maju, Taman Haji Abdullah Fahim, Kepala Batas, Seberang Perai Utara.
Semasa berkunjung ke gerainya, Datuk hadiahkan saya nasi daging, dalca dan pajeri untuk kami sekeluarga berbuka puasa.
Sebelum tu nasi lemaknya yang dikenali sebagai 'Nasi Lemak Dara Pujaan' juga mendapat sambutan ramai di Kepala Batas. Semoga perniagaan anak beranaknya bertambah maju.


Khamis, Julai 26, 2012

Kawan Kawan Sekolah Rendah

 Kawan kawan sekolah rendah masih dalam ingatan. Abdul Hamid Pak Wan dan Kamal Kamaruddin sama-sama dari darjah 1 Sekolah Kebangsaan Bagan Tuan Kechil, Butterworth. Ada yang jumpa kembali dan ada yang terus menghilang tidak tahu masih ada ataupun dah tiada. Semoga persahabatan kami terus hingga ke akhir hayat.