MIMPI KE BINTANG TV2

Dokumentari Tv Kisaah Omara

Omara dalam Telemovie Kami Datang Nak Raya

Ke Pulau Pinang

Rabu, November 09, 2011

Bersama Halim Lead Vocals Mutiara

 Rakan seni dari Butterworth, Sdra Halim iaitu penyanyi utama Kumpulan MUTIARA. Lagunya 'Mutiara' yang diterbitkan oleh Rosli Selasih tetap menyengat hingga ke hari ini walaupun telah berlalu lebih kurang 20 tahun yang lalu.

Halim yang bertugas di Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) seringkali saya berjumpa di majlis-majlis dan acara-acara yang diadakan di sini. Halim juga terlibat dalam Kumpulan Nasyid di Jabatannya.
 Nama Album - Mutiara. Kumpulan - Mutiara dan lagunya yang popular pun Mutiara. Sesuai sekali kerana kumpulan ini berasal dari Pulau Mutiara juga.


Terbitan Sinar Music Production
Penerbit: Rosli Selasih
Juru Rakam: Eng/ Uncle Teh
Susunan Muzik : Rosli Selasih
Pengurus Artis: Tahir Othman
Penaja Pakaian: Din's Collection
Makeup: Nur Yusnita

Lagu2 dan lirik oleh: Sen, Rosli selasih, Haider Mutiara, Bad Mutiara
Anum Sari, MZ, Wan Dib, Nizam, & Aizam

Lirik Lagu Mutiara

Berulang kenyataan kuberi

Tapi kau masih tidak mengerti
Perasaanku ini
Adakah kau memahami

Langkah hiba telah kuutuskan

Berjalan di setiap andaian

Sepi mengajar kita

Memahami bahasa cinta


Dalam bersahaja

Kau coretkan madah

Yang terindah

Dalam terpesona seraut wajahmu


Keunggulan dan kesucianmu bagai mutiara

Dan terus memancar
Di hatiku

Puisi cinta yang kian lama

Memancar indah serta bercahaya

Telah kucuba tapi tak berdaya
Hendak kulupa teringat semula
Seraut wajah

4 ulasan:

  1. Tak sangka Kumpulan Mutiara ni dari Butterworth

    BalasPadam
  2. Tkasih AFERO79....
    Ya... benar... Kumpulan dari Butterworth. Sayangnya tak banyak album yang dikeluarkan walaupun lagunya popular.

    BalasPadam
  3. saya memang minat lagu Mutiara. dah lama carik vocalist nya. x sangka jumpa gak saya kat sini

    BalasPadam