MIMPI KE BINTANG TV2

Di Sepanjang Riwayat Omar Hashim Omara

Jumaat, Februari 13, 2009

Temuramah Seniwati Saadiah Dalam Tahun 1976





Seniwati Saadiah atau nama sebenarnya Satya binti Baharom. Gambar hitam putih yang saya ambil ini dalam tahun 1976 semasa menemuramahnya mengenai penglibatannya di dunia perfileman. Arwah yang peramah banyak bercerita kisah-kisah di zaman perfilemannya terutamanya kisahnya dengan P. Ramlee dalam filem 'Antara Dua Darjat'. Ada rahsia yang diberitahu kepada saya tapi beliau minta saya jangan tulis, katanya hanya untuk pengetahuan saja. Di penghujung tahun 70an saya kerap mengikuti persembahan pentas Saadiah dan suaminya Ahmad Daud.

Datin Saadiah Baharom, 67, meninggal dunia di kediamannya di Taman Melawati dalam tahun 2005.

FILEM LAKONAN: Racun Dunia (filem pertama, 1950), Bakti, Takdir Ilahi, Kembar, Aloha, Dewi Murni, Pembalasan, Penghidupan, Juwita, Bapa Saya, Manusia, Anjoran Nasib, Sedarah, Gadis Peladang, Yatim Piatu, Kerana Kau, Istana Impian, Kecewa, Insan, Kembali Seorang, Penarik Beca, Ribut, Hang Tuah, Semerah Padi, Kasih Sayang, Mogok, Sarjan Hassan, Musang Berjanggut, Dandan Setia, Antara Dua Darjat, Isi Neraka, Putera Sangkar Maut, Aneka Hiburan, Indera Bangsawan, Panji Semerang, Mas Merah, Siti Muslihat, Korban, Dupa Cendana, Mambang Moden, Jeritan Batin, Pusaka Pontianak, Takdir, Melancong Ke Tokyo, Lampong Karam, Anak Buluh Betung, Nora Zain - Ejen 001, Ibulah Syurga, Sial Wanita, Jahanam, Permintaan Terakhir, Sumber Ilhamku, Ceritaku Ceritamu, Sumpah Semerah Padi dan Matinya Seorang Patriot (1984).

Perkahwinan pertamanya dengan Ahmad Samad atau Atan, bertahan selama tujuh tahun dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Azizah, Noraini dan Rohaya. Saadiah kemudian berkahwin dengan Ahmad Daud dan melahirkan tiga anak, Fauziah (Ogy), Faizal dan Fazlina.

6 ulasan:

  1. bagus la..dgn adanya artikel ni..bru kami thu lagenda silam biduanita dahulu..terima kaseh...

    BalasPadam
  2. Terima kasih kepada anda yang berikan komen di atas....

    BalasPadam
  3. Terimakasih kembali Warga Johor kerana sudi membaca blog saya ni.

    BalasPadam
  4. Saya amat tertarik dengan Blog Pak Omar ini yang mana banyak mencungkil kisah P.Ramlee di sebalik 'Layar Perak'... Dan saya juga amat tertarik dengan 'hubungan' yang erat antara Pak Omar dan Keluarga dan Rakan-rakan Seperjuangan, Seangkatan dengan P.Ramlee... Banyak gambar-gambar yang dipaparkan di blog ini masih 'asing ' bagi saya (tak pernah lihat sebelum ini), dan apabila saya melihat sesuatu yang 'baru'.., hati naruni menjadi 'puas'... Terima Kasih Pak Omar (Omara)... Teruskanlah berkarya... Jasa Mu Jua Turut Dikenang...!!!

    BalasPadam
  5. Tkasih Sufian Wahi, Alhamdullilah...seronok saya kerana apa yg saya buat ni dibaca oleh semua. Sebenarnya sejak akhir akhir ni kerana sibuk saya kurang aktif update blog ni...tapi disebabkan kata kata semangat yg Sufian Wahi berikan...membuatkan semangat saya kuat kembali... InsyaAllah saya akan teruskan berkarya...ada lagi yg belum saya tuliskan.

    BalasPadam