MIMPI KE BINTANG TV2

Di Sepanjang Riwayat Omar Hashim Omara

Khamis, Februari 05, 2009

Sahabat Lama Ismail Ariffin Bertemu Kembali Melalui Blog

Baru-baru ini saya dikejutkan dengan panggilan telefon dari seorang sahabat yang tidak dapat dikesan sejak 21 tahun lalu iaitu Mohd. Ismail Ariffin. Mungkin salah saya juga, kalau saya berusaha mencari mungkin jumpa juga. Inilah takdir namanya.

"Saya tengok Tv Astro, nampak Omar sedang bercakap mengenai blog boria. Lepas tu saya bukan blog Warisan Boria dan dapat nombor telefon Omar," kata Ismail yang biasanya saya panggil 'Mail' saja.

Mohd. Ismail pernah bekerja sepejabat dengan saya di Pejabat Telegraf tahun 70an dulu. Pernah sama-sama bergiat aktif dalam persatuan kebudayaan di Seberang Perai.

Beliau juga seorang penulis skrip drama, drama tv dan teater yang popular sedikit masa dulu. Antaranya Siri Komedi Tv1 'Santan Berlada' dan banyak lagi. Skrip 'Raja Pengemis' tulisannya pernah membawa Omar Abdullah, Sidek Hussein, Sabariah Hitam dan Ibrahim Akil memenangi Johan Teater Peringkat Kebangsaan di penghujung Tahun 70an dahulu. Mail juga pernah menerima Anugerah Sri Angkasa Skrip Drama Terbaik tahun 80an dahulu.

Gambar: - Dari kiri - Saya, Azizah (isteri), Kak Zaharah - meninggal (isteri Ismail), Mohd. Ismail Ariffin dan anak-anaknya. Gambar ini diambil semasa saya dan isteri baru berkahwin kunjung ke rumah Mail di Kuala Lumpur dalam tahun 1977.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan