MIMPI KE BINTANG TV2

Dokumentari Tv Kisaah Omara

Omara dalam Telemovie Kami Datang Nak Raya

Ke Pulau Pinang

Selasa, Oktober 04, 2011

De Westerlies dan De Latinos Juara Kugiran


Pertandingan pemuzik berkumpulan (band) terbitan RTM telah diterbitkan sekitar tahun 70-an menerusi pertandingan Juara Kugiran. Selama hampir empat tahun pertandingan ini diterbitkan, RTM berjaya melahirkan kumpulan-kumpulan berbakat pada masa itu seperti Kumpulan Titiwangsa, De Westerlies, The Rezas, The Breeze, The Burglars, The Zurah, Suara Kilat, Teruna Ria dan The Wanderes.

Dalam tahun 70an, Ada dua band atau kumpulan yang menjadi kebanggaan saya sebagai anak Pulau Pinang. Yang saya maksudkan ialah Kumpulan De Westerlies dan De Latinos. Westerlies dari Butterworth dan Latinos pula dari Pulau Pinang.
Gambar: Z. Mohammad semasa berkunjung ke rumah saya nombor 5 dari kiri (sebelah saya) iaitu vokalis De Latinos yang dikenali juga dengan nama Zain Mohammad.

Juara Kugiran RTM tahun ke empat ialah De Westerlies menekala tempat kedua di pertandingan yang sama dimenangi oleh kumpulan De Latinos. De Westerlies dengan penyanyinya M. Johari telah menghangatkan suasana dengan lagunya 'Gembala Lembu' dan Z. Mohammad dari De Latinos pula dengan lagu 'Goreng Pisang' dibawah pimpinan pak wan chik.
Z. Mohammad bersama saya (terbaru) Disember 2011


Sekarang ini Z. Mohammad tinggal di Simpang Ampat, Seberang Perai dan M. Johari mungkin berada di Kuala Lumpur (saya hanya bertemu dengan anaknya sahaja baru-baru ini Julia Johari).
Z. Mohammad juga terkenal dengan lagunya Kelapa Muda, Nasi Kandar, Harapan Ayah Dan Ibu, Keperwiraan dan banyak lagi. M. Johari pula dengan lagu Lanca dan lain lain lagi.

Akhirnya kerana terlalu minat, saya dah jadi kawan dengan kedua dua penyanyi ini tapi di penghujung tahun 80an. M. Johari dan Z. Mohammad pernah berkunjung ke rumah saya masa itu di Taman Bunga Raya, Jalan Baru, Perai, Seberang Perai.

JUARA KUGIRAN 1 - THE ZED - Kuala Lumpur - Azean Irdawaty
JUARA KUGIRAN TAHUN KE 2 - BAND TITIWANGSA - Batu Pahat , - DPP Tengku Idham , ,penyanyinya Mike Ibrahim - Chok Chok Kendong.
JUARA KUGIRAN TAHUN KE 3 - THE BURGLAS dari Perlis.



10 ulasan:

  1. salam pak omar, ada maklumat pasal band the rezas tak?

    BalasPadam
  2. Sdra Amar, Tkasih.
    Waalaikumsalam. Setakat ni saya tak ada maklumat mengenai The Rezas.... InsyaAllah nanti saya tanya kawan kawan. Jika ada saya akan masukkan nanti. Tkasih kerana sudi membaca blog ini.

    BalasPadam
  3. Salam Pak Omara...
    Apalah kiranya khabarkan hamba anggota2 kumpulan DLatinos...
    Terima kasih bebanyak...

    BalasPadam
  4. InsyaAllah..... akan saya usahakan... kalau saya terlupa sila tanya lagi... tkasih.

    BalasPadam
  5. salam pak omara,
    berkemungkinan kah semua lagu2 The Westerlies dibentukkan dalam CD atau MP3 untuk download?

    BalasPadam
  6. Waalaikumsalam Sdra Faizal,
    Itu saya tak pasti pulak. Kita tunggu perkembangannya nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. t.kasih krn mereply pak... agak2 pak omara di mana saya boleh dapatkan lagu2 dari kump westerlies ini? dan mungkin kah pak omara ingat nama2 ahli kugiran tersebut selain dari pak johari?

      Padam
    2. Sdra Faizal,
      Saya boleh cuba tanyakan kat rakan rakan yang mungkin ada. Kalau dapat nanti saya akan jawab kat sini. Nama nama ahli kugiran ni pun ada... nanti saya tanya rakan terdekat mereka. InsyaAllah.

      Padam
  7. salam Tuan Omar Hashim (Omara) boleh tuan uploadkan gambar2 kugiran the kilat dari kota bharu, sekiranya d dalam simpanan tuan. saya adalah kawan lama kepada m johari masa tu saya beajar dibuterworth, tapi amat susah untuk meghubungi beliau

    BalasPadam
  8. Tkasih, Setakat ni saya takdapat gambar gambar kugiran the kilat. InsyaAllah kalau dapat nanti akan saya uploadkan. M. Johari sekarang ni berada di KL. saya sendiri tak ada nombor telefon dia buat masa ni.

    BalasPadam