MIMPI KE BINTANG TV2

Di Sepanjang Riwayat Omar Hashim Omara

Ahad, Jun 21, 2009

Bapaku Terus DiKenang....


".....Allahyarham bapaku Hj. Hashim terus dikenang. Bukan kerana hari ini hari bapa, malah setiap hari dan selamanya. Telah kembali keRahmatullah tahun 2005 lalu, disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Tok Panjang, Bukit Tengah, Bukit Mertajam, Seberang Perai. Memelihara kami sekeluarga dengan gaji (pendapatannya) RM90 sebulan sekitar tahun enampuluhan. Dia seorang yang gemar bergurau, bukan sahaja dengan rakan-rakannya malah dengan kami sekeluarga pun begitu. Hingga ketika dia terlantar sakit pun sesekali dia cuba bergurau. Setiap usaha kami anak-anaknya dia tak pernah halang.

Ketika dia sudah hidup senang selepas bersara dari Jabatan Telekom Malaysia tahun 80an, dia banyak menolong dan membantu orang. Tapi yang sedihnya, ketika dia terlantar sakit selama dua tahun di rumahnya, dia kesunyian. Mereka-mereka yang dia pernah tolong tidak melawatnya. Tapi bukan tujuan kita untuk mengungkit-ungkit perkara lama, yang berlalu biarlah berlalu. Menjadi pengajaran kepada yang masih hidup. Segala-galanya hanya takdir, Allah lagi Maha mengetahui....."

5 ulasan:

  1. Salam sr omar,
    Tahniah diatas entri yg menarik mengenai hakikat seorang bapa, betapa hati ini cukup tersentuh melihat wajah bapa sdr omar seandainya beliau masih hidup pasti dia akan turut berbangga dengan saudara..
    terima ksh krn sudi menjadi follower diblog sy,

    BalasPadam
  2. Salam Zai, terima kasih atas ulasan yang diberikan. Ya, memang bila saya renung gambar ini berkali-kali saya rasakan macam Arwah bapa benar-benar berada di hadapan saya. Gambar ini sebenarnya saya ambil dari gambar bergerak yang saya pegunkan.

    BalasPadam
  3. salam singgah dan salam kenal.terima kasih kerana sudi menjengok ke blog saya

    BalasPadam
  4. al-fatehah untuk beliau.

    BalasPadam