MIMPI KE BINTANG TV2

Di Sepanjang Riwayat Omar Hashim Omara

Selasa, Jun 30, 2009

Berlakon Drama 'Hanya Untuk Jutawan' TV3






Sesekali saya berlakon juga drama tv, tapi peranannya tidaklah begitu besar. Dalam sebuah drama yang bertajuk 'Hanya Untuk Jutawan' arahan Majed Salleh saya telah diberi peranan sebagai seorang peguam. Drama lakonan Razak Ahmad, Shazleen Shahbi, Sulaiman Yassin (Mat Over) dan ramai lagi ini telah disiarkan oleh TV3 pada tahun 90an dahulu, disiar di MEGA TV dan diulang sekali lagi di TV3 Mac 2008 tahun lepas. Terbitan SHEUNIK SDN. BHD.

Rakan-rakan saya dari Pulau Pinang yang turut berlakon ialah Pelawak Chik (Rosely Abdullah), Yusof M. Hashim (Pak Kojek) dan Penyanyi RockyDin. Pengambaran dibuat di sekitar Pulau Pinang, Seberang Perai dan juga Kuala Lumpur.

Pengambaran 'HANYA UNTUK JUTAWAN' ini mendapat kerjasama dari Dato Hj. Ahmad Ismail dari Popular Profile Sdn. Bhd, Prai, Seberang Perai.

4 ulasan:

  1. la...bila berlakon...sayangnya terlepas tgk lakonan en Omara...mesti best...!

    BalasPadam
  2. Khadijah, terlepas tengok pun tak apa peranan saya taklah besar. Ada lagi beberapa buah drama lain yang saya turut berlakon, InsyaAllah sesekali akan saya masukkan gambarnya jika ada. Yang setengah tu hila entah ke mana. Terima kasih semua!

    BalasPadam