MIMPI KE BINTANG TV2

Di Sepanjang Riwayat Omar Hashim Omara

Rabu, Jun 17, 2009

Terkenang Di Zaman Sideburns Di Pipi 1975



".....belek pi belek mai gambar-gambar lama ni... boleh tahan, hensem juga aku kot? (kata sendiri, orang tak kata pun). Gambar ni diambil dalam tahun 1975. Entah pasai apa pi simpan 'sideburns' pulak. Masa ni tak kahwin lagi. Tapi dengan perempuan tak berani... pemalulah konon....."

Sebenarnya masih banyak lagi gambar-gambar lama dalam simpanan saya. Satu persatu akan saya masukkan di sini sebagai tanda kenang-kenangan disamping perkembangan terbaru, semasa dan terkini.

Alhamdullilah, sehingga kini, saya berfikir dan bertindak dengan menggunakan akal dan pertimbangan sendiri. Saya berpegang kepada Qada' dan Qadar itu adalah penentuan dari Allah. Saya berusaha untuk kebaikkan dan seterusnya menyerahkan kehidupan ini kepadaNya. Jatuh bangun saya ditentukan oleh Allah jua yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Saya bersyukur dengan segala kurniaan Allah yang tidak ternilai semasa hayat saya masih ada ini. Sering saya berdoa ke arah kebaikkan dan kebahagian di dunia dan akhirat, hanya Allah yang lebih mengetahui. Alhamdullilah!

5 ulasan:

  1. tudia... elvis rosli..
    hahaha.. hensem la..

    BalasPadam
  2. ha ha... Luth Textile, nak buat macam mana dah zaman tu macam tu.

    BalasPadam
  3. wahh, alompak ago-ago ha mamu! Hehehe, teringat ada satu gambar ayah saya, berambut afro! Baju semua ketat-ketat, seluar kaki besar.

    BalasPadam
  4. Sarah95 kata muka mamu macam budak-budak, ha ha haaa... seronok juga kalau jadi budak-budak semula. duit ibu bapa yang cari.
    myfr3ak (Hadi), masa remaja dulu mamu tak sangka rambut nak kurang macam sekarang ni...

    BalasPadam