MIMPI KE BINTANG TV2

Di Sepanjang Riwayat Omar Hashim Omara

Khamis, Jun 11, 2009

Takziah Kepada Rogayah Atas Pemergian Shukery Hashim

Lebih kurang pukul 10.00 pagi, saya terima SMS dari pelawak Imuda yang berbunyi "Shukri Hashim sdng nazak kat hukm". Saya segera telefon kakak Shukri iaitu Deejay Rogayah Hashim (Mutiara FM P. Pinang) yang kebetulan sedang berada di Kuala Lumpur. Rogayah tidak dapat bercakap panjang cuma dia beritahu saya adiknya Shukri sedang koma. Sepuluh minit selepas itu, saya terima sms kedua dari Imuda yang berbunyi "Al Fatihah. Sykri hashim dah kmbli k rhmtlah." Saya telefon Rogayah kembali untuk pengesahan, tapi panggilan saya tidak diangkat lagi.

Takziah dari saya kepada Rogayah Hashim (gambar kiri) dan seluruh keluarganya atas kehilangan seorang lagi insan seni tanahair. Allahyarham Shukery adalah salah seorang pelakon drama yang popular. Arwah selalu menunjukkan lakonannya yang hidup dan penuh penghayatan.

Sepanjang pembabitannya dalam dunia seni, Shukery (gambar kanan) sudah menerima tiga anugerah yang diiktiraf sebagai terbaik dalam industri seni di Malaysia iaitu Pelakon Terbaik di Anugerah Sri Angkasa pada 1990; Pelakon Drama TV Terbaik di Anugerah Sri Angkasa (1994) dan Pelakon TV Lelaki Popular 1994 (1995).

2009
:
Shh...Dia Datang - (Supporting Actor)
2003
:
Janji Diana - (Extra)
2001
:
Seri Dewi Malam - (Supporting Actor)
1992
:
Syahadat - (Supporting Actor)
1989
:
Ujang - (Main Actor)
1987
:
Rahsia - (Main Actor)

1987
:
7th Malaysian Film Festival - Best Actor

Kali terakhir saya menemui Shukery semasa majlis kenduri kahwin anak Rogayah yang diadakan di Sungai Lokan, Sungai Dua, Seberang Perai tidak lama dulu. Ketika itu, saya bersama-sama dengan rakan-rakan iaitu Pelawak/pelakon Piee, Chik, Penyanyi RockyDin dan Allahyarham Deejay Dino.

Semoga Allah cucuri Rahmat ke atas ruhnya. Amin.

3 ulasan:

  1. Saya juga terkejut dengan pemergian Arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diredhai selalu....Amin....

    BalasPadam
  2. saya minat dengan lakunan beliau..lawak pun boleh..dia pergi dalam usia muda...semoga Allah cucuri rahmat....

    BalasPadam
  3. Ya, Farisha dan Khadijah, sama-sama kita doakan semoga Allah cucuri Rahmat ke atas ruhnya... Terima kasih.

    BalasPadam