MIMPI KE BINTANG TV2

Di Sepanjang Riwayat Omar Hashim Omara

Selasa, November 10, 2009

Teater KUDRAT Dalam Akhbar Bintang Timur Jun 1977 Tulisan Omar M. Hashim


Pertengahan tahun 70an hingga pertengahan tahun 80an, Kumpulan Senibudaya Drama Rakyat (KUDRAT) Seberang Perai banyak mementaskan teater di Pulau Pinang, Seberang Perai, Kedah, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. 'Si Bongkok Di Tanjung Puteri' karya Saharum Hussein sebuah teater pimpinan Mohd. Ismail Ariffin dan juga gabungan Seni Silat Sunda pimpinan Hud Ismail telah dipentaskan di Dewan Bandaran Butterworth. Kumpulan ANGKASAMAYA pimpinan Rahman Karim juga mementaskan drama 'Dama' dan 'Udha'.

Saya dilantik sebagai Yang Dipertua kumpulan senibudaya ini di awal tahun 80an setelah kematian Abdullah Ismail (Wartawan Berita Harian) yang telah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Selangor ketika itu. KUDRAT yang mempunyai ahli kira-kira 100 orang adalah sebuah persatuan yang paling aktif ketika itu di Seberang Perai. Sekarang ahli-ahlinya dah bertabur di sana sini. Ada yang berjaya dan masih meneruskan bidang kesenian ini, ada yang telah meninggal dunia antaranya Allahyarham Shariff Tan (Pengarah Drama Tv) dan ada yang masih meneruskan kegiatan seni seperti saya sendiri, Yusof Mat Hashim (adik saya), Asrul, Miskin Darus, Zaidi dan beberapa orang lagi yang tak dapat saya hubungi.

Gambar: Berita bergambar tulisan saya (Ketika itu Wartawan sambilan Akhbar Bintang Timur) yang telah disiarkan di akhbar Bintang Timur siaran Selasa, 14 Jun 1977.

2 ulasan:

  1. bestlah banyak article masih simpan noooo, boleh buat kenang kenangan

    BalasPadam
  2. Sebenarnya Kaknab, banyak juga yang hilang... saya tangguh nak simpan, tercampur dengan akhbar lain jadi 'surat khabar lama' la......

    BalasPadam