MIMPI KE BINTANG TV2

Dokumentari Tv Kisaah Omara

Omara dalam Telemovie Kami Datang Nak Raya

Ke Pulau Pinang

Ahad, Jun 09, 2013

Al-Fatihah Untuk 2 Seniman dan Seniwati Lagenda





Pelakon veteran era akhir 50-an dan awal 60-an, S.Shamsuddin, 84 meninggal dunia pada 4 Jun 2013 akibat sakit tua dan jangkitan paru-paru berair.
Allahyarham meninggal dunia di Hospital Alexendra dan telah dibawa ke kediamannya di Bukit Batok, West Avenue, Jurong, Singapura.
 Dilahirkan pada 1 Januari 1929, Allahyarham atau nama sebenarnya Sahamsudin Dali dilahirkan di Pasir Panjang, Singapura dan diingati dengan lakonannya dalam filem-filem arahan Tan Sri P.Ramlee seperti Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok dan Nujum Pak Belalang.
 Di zaman kegemilangan Studio Jalan Ampas, Allahyarham sering dikenali dengan gandingannya bersama Datuk Aziz Sattar.
 Sepanjang hayatnya, Allahyarham pernah membintangi lebih 25 filem dan filemnya yang terakhir ialah Eee...Hantu!!!!! arahan Majed Salleh.
 Allahyarham telah berkahwin dengan Puteh Esmoon pada tahun 1954 dan mempunyai tujuh orang anak.




Seniwati Latifah meninggal dunia di Pusat Rawatan Rapi (ICU) di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) pada petang Ahad 9 Jun 2013.
Allahyarhamah yang berusia 72 tahun dimasukkan ke PPUKM seminggu lalu akibat kanser ulser usus.
Latifah yang sering digandingkan dengan Nordin Ahmad membintangi sebanyak 23 filem antaranya Bawang Putih Bawang Merah, Jebat, Jalak Lenteng, Laila Majnun, Putus Sudah Kasih Sayang, Gurindam Jiwa, Che Mamat Parang Tumpul dan terakhir Hati Batu pada 1973.

KEDUA-DUA orang seniman dan seniwati Lagenda S. Shamsuddin dan Latiffah Omar meninggal dunia dalam jarak seminggu sahaja. Seorang demi seorang telah pergi meninggalkan dunia filem Melayu. Begitu juga kita semua yang tak akan kekal di dunia ini, cuma dulu atau kemudian sahaja. Sama-samalah kita hadiahkan Al-Fatihah dan doa semoga ruh mereka diRahmati Allah dan ditempatkan mereka bersama-sama dengan orang-orang yang beriman. Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan