MIMPI KE BINTANG TV2
Dokumentari Tv Kisaah Omara
Omara dalam Telemovie Kami Datang Nak Raya
Ke Pulau Pinang
Rabu, Julai 27, 2022
Foto-foto dari George Town World Heritage Incorporated
Khamis, Januari 27, 2022
Alhamdullilah. Antara anugerah dan pencapaian Omar Md Hashim (OMARA) dari 2014 hingga 2022
PENCAPAIAN:
1. Tokoh Seni Budaya – Boria - tahun 2014 Karyawan P Pinang
2. Tokoh Seni Budaya – tahun 2014 oleh Politeknik Seberang Perai.
3. Tokoh Seni Budaya Negeri Pulau Pinang – tahun 2016 oleh Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara
4. Tokoh Warisan Kebangsaan Orang Hidup (WAKOH) - tahun 2018 oleh Jabatan Warisan Negara.
5. Tokoh Seni Budaya Maal Hijrah 2019 - PEMENANG P. Pinang.
6. Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat George Town World Heritage 2020
7. Anugerah Kehormat Juri Kategori Program dan Aktiviti Warisan Kebudayaan melalui nominasi Ghazal Parti George Town World Heritage 2020.
8. Kumpulan Boria Omara Pulau Pinang Kategori Pengiktirafan Kesinambungan Budaya George Town World Heritage 2020.
Jumaat, Jun 25, 2021
Boria Omara semasa pengambaran rancangan Tv di Butterworth
Sebahagian dari ahli BORIA OMARA di tepi Pantai |R & R Bagan Ajam, Butterworth ketika pengambaran rancangan Tv dibuat baru-baru ini.
Ahad, Mei 30, 2021
Ahad, Januari 17, 2021
Bersama anak anak Bintang Lagenda
Anak Allahyarham Dato' Ahmad Daud dan Saadiah juga anak Mariani dan H.M. Rohaizad. Zaman sudah berlalu, kini hanya dapat terlibat aktiviti seni dengan anak2 seniman lagenda itu. Semoga Ogy atau Fauziah juga Rozita diberikan Allah sihat sejahtera dan terus aktiviti seni seperti biasa. Al- Fatihah kepada kedua dua ibu bapa mereka.
Rabu, Jun 24, 2020
Pengambaran video klip lagu CHOMBEE ABANG SAYANG di Kuala Lumpur
Gambar ini saya ambil masa uruskan video klip dengan pihak Tv3 dalam tahun 1991 lagu - Chombee Abang Sayang - Lagu dan Lirik Ciptaan A. Osman. Lagu ini dimuatkan dalam album pertama keluaran saya Omara Production 1991 Untuk Mu Hijau Kuning. Artis - Maidin, M. Shariff dan Piee.
Pengambaran ini dibuat di tepi jalan hadapan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Rabu, April 22, 2020
Ahad, Mac 29, 2020
Sketsa Boria Omara di mana mana
Sabtu, September 07, 2019
Keratan Berita akhbar LAGU LAGU JENAKA keluaran OMARA PRODUCTION warnai persada muzik kita. Gambar - artis-artis album Hijau Kuning terbitan Omara Production pada awal tahun 1991 menerima Gold Disc di Matic Saloma, Kuala Lumpur sempena jualan album ini yang telah mencapai lebih 30,000 unit pada awal pelancarannya. Artis ialah M. Shariff, Piee dan Maidin.
Khamis, Mac 10, 2016
Kisah Piee dalam akhbar Buletin Rakyat
Beliau Yang KU Kenal, satu ruangan dalam akhbar Buletin Rakyat. Kali ini kisah 'Pelawak Piee, insan seni tepat pada janji - Omar Hashim'
Rabu, September 23, 2015
Berlakon Filem Dokumentari sebagai Orang Tua Penjual Bunga


Saya berlakon jadi Orang Tua si Penjual Bunga dalam sebuah filem dokumentari terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka kisah hidup sasterawan negara Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh merupakan salah seorang penulis Malaysia yang telah dianugerahkan gelaran Sasterawan Negara 1991. Beliau juga telah memenangi Anugerah Penulis S.E.A. pada tahun 1997. Pada 2008, beliau dinobat sebagai Tokoh Akademik Negarta.
Beliau pernah menjadi Presiden Persatuan Penterjemah Malaysia (1978-1982) dan banyak menterjemah puisi berbahasa Melayu ke bahasa Inggeris. Beliau juga menjadi sidang editor jurnal Tenggara, anggota Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka, dan anggota Panel Anugerah Sastera Negara.
Dokumentari ini arahan Encik Khalid Sulaiman Fdam.
Lokasi pengambaran ini dibuat di sekitar Pekan Sungai Acheh, Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan.
Selasa, Januari 27, 2015
Drama Raja Pengemis Naikkan Nama Sabariah Hitam Berita Harian
Sebuah artikel tulisan saya Omar M. Hashim nama pena pada masa dulu, kini Omara yang disiarkan di akhbar Berita Harian keluaran 7 Julai 1977. Sabariah Hitam (Zabariah Hitam) juga pernah berlakon dalam siri Pi Mai Pi Mai Tang Tu.
Khamis, Disember 25, 2014
M. SHARIFF DI HATI OMAR HASHIM dalam akhbar BULETIN RAKYAT
Artikel oleh Wartawan Nazar Hashim dalam akhbar BULETIN RAKYAT
Tajuk - M. Shariff di hati Omar Hashim
Tajuk - M. Shariff di hati Omar Hashim
Ahad, November 02, 2014
POSTER PERTEMUAN DI KAKI GUNUNG JERAI
Alhamdullilah. Saya hasilkan sendiri poster ni untuk RTM, Telefilem PERTEMUAN DI KAKI GUNUNG JERAI, terbitan Art Ornament Sdn. Bhd.
Skrip oleh Arzaman Sulaiman
Arahan oleh Khalid Sulaiman Fdam
Penerbit oleh Aida Othman
Pelakon
Shaharuddin Tamby, Nor Azifah Abidin, Mohd. Zahiril Adzim, Nur Shakilla Khariri, Mohd Hafezee Mohd Hatta, Aida Elias, Aida Othman, Mid Gulai Kawah, Ali Rahman, Omara dan ramai lagi.
Lagu Tema - Cinta Di Kaki Gunung Jerai
Nyanyian - Aida Elias dan YY.
Lagu - Zulkipli Omar
Lirik - Omara
Terbitan - Omara Production
Skrip oleh Arzaman Sulaiman
Arahan oleh Khalid Sulaiman Fdam
Penerbit oleh Aida Othman
Pelakon
Shaharuddin Tamby, Nor Azifah Abidin, Mohd. Zahiril Adzim, Nur Shakilla Khariri, Mohd Hafezee Mohd Hatta, Aida Elias, Aida Othman, Mid Gulai Kawah, Ali Rahman, Omara dan ramai lagi.
Lagu Tema - Cinta Di Kaki Gunung Jerai
Nyanyian - Aida Elias dan YY.
Lagu - Zulkipli Omar
Lirik - Omara
Terbitan - Omara Production
Sabtu, Mei 24, 2014
DI PUSARA ALLAHYARHAM DATUK AZIZ SATTAR
![]() |
| Foto ini diambil dua minggu sebelum Datuk Aziz Sattar meninggal dunia |
Sampai di rumah Datuk Aziz sambut saya yang pergi dengan anak saya Muhammad Asymawi seperti biasa dengan senyuman. Kami duduk berbual sambil Sandakiah hidangkan air minuman dan kueh. Kami makan dan minum bersama. Seperti biasa Datuk Aziz akan bercakap hal-hal dunia artis, masyarakat dan sebagainya.
Saya tunjukkan satu video klip dari youtube mengenai orang luar negara (Inggeris) yang buat video lakonkan semula babak Bujang Lapok belajar ilmu dari Pendekar Mustar. Lakonan itu dalam bahasa Melayu. Datuk menonton sampai habis. Datuk juga cerita dalam Filem Bujang Lapok dialah yang mengajar P. Ramlee dan S. Shamsuddin menari sambil berjalan seperti dalam lagu Bujang Lapok dalam filem tersebut. Datuk Aziz kata ramai orang susah nak mengajuk tarian itu.
Datuk Aziz beritahu yang dia minta saya uruskan jemputan untuk Majlis Pelancaran Buku Riwayat hidupnya yang akan dibuat di Pulau Pinang hujung bulan Jun 2014 depan. Dia beritahu nama-nama kawannya antaranya ialah Datuk L. Ramlie, Datuk Seri Yusof Latif dari Pemenang, Pak Wan dari Perlis (pelakon yang jadi polis dalam filem Penarik Beca). Yang lain-lain tu datuk suruh saya pilih sendiri nanti. Selepas berbual panjang saya minta diri untuk balik dulu dan Datuk Aziz minta anaknya Sandakiah menghantar kami balik ke Kuala Lumpur. Saya tidak sangka rupanya kami bersalaman kali terakhir walaupun di wajah Datuk tidak ada sebarang tanda yang dia akan pergi buat selama-lamanya. Sampai di pintu pagar saya pandang balik ke rumah dan kelihatan Datuk Aziz memandang saya sambil tersenyum.
Rupanya pada jam 2 pagi 6hb. Mei 2014 kira-kira dua minggu lebih selepas itu Datuk Aziz Sattar telah diberitakan meninggal dunia di Hospital Kajang kerana sakit jantung. Inilah pusara Allahyarham Datuk Aziz Sattar yang meninggalkan kenangan kepada saya selamanya. Al-Fatihah. - Omar Hashim (OMARA) P. Pinang.
Selasa, Mei 06, 2014
AL FATIHAH - DATUK AZIZ SATTAR MENINGGAL DUNIA
AL FATIHAH. Baru jam 2 pagi tadi sahabatku Datuk Aziz Sattar telah meninggal dunia di Hospital Kajang akibat penyakit jantung. Baru dua minggu lepas arwah minta saya uruskan jemputan utk majlis pelancaran buku riwayat hidup arwah yg akan dibuat di P.Pinang hujung Jun ini. Hajatnya tak kesampaian. Allah lebih menyayanginya. Sama2 kita hadiahkan Al Fatihah. (Foto ini diambil dua minggu sebelum arwah meninggal di rumah anaknya Sandakiah di Cheras, Selangor).
Ahad, Mac 09, 2014
BINTANG RADIO PERTAMA RADIO MALAYA AR SINWAN
Kini AR Sinwan tinggal di Taman Bunga Raya, Jalan Baru, Prai, Seberang Perai. Menjadi Bilal Masjid Jalan Baru, Seberang Perai.
Jumaat, Januari 03, 2014
ANTARA ALBUM KELUARAN OMARA
Antara Album Keluaran OMARA dalam tahun 1993, HARI RAYA bersama M. Shariff, Maidin, Piee dan Rocky Din. Juga album berjodol SRI ASUN, WAYANG KULIT dalam siri Wayang Kulit Seri Asun.
Langgan:
Catatan (Atom)

























