MIMPI KE BINTANG TV2

Di Sepanjang Riwayat Omar Hashim Omara

Ahad, Februari 05, 2012

Sepanjang Bersama Datuk Aziz Sattar




 Saya kenal Datuk Aziz Sattar sebelum mendapat gelaran Datuk lagi sejak tahun 80an. Saya menjadi rapat dengannya apabila diperkenalkan oleh rakan saya Nasir P. Ramlee.

Perhubungan kami akrab. Beberapa kali Datuk pernah datang ke rumah saya dan saya juga pernah pergi ke rumahnya dan berjumpa di mana mana saja.

Jika Datuk Aziz ke Pulau Pinang, dia kerap telefon saya dan kami berjumpa. Kalau saya ke Kuala Lumpur pula, saya sering telefon Datuk dan kami berjumpa dan berbual-bual.

Sebelum tu, dulunya saya adalah peminat Datuk Aziz dan rakan-rakannya seniman P. Ramlee dan S. Shamsuddin dalam Filem Filem Bujang Lapok. Pernah saya mengayuh basikal di kampung masa remaja dulu sambil menyanyikan lagu Bujang Lapok terikut ikut dalam filem tersebut.

Sebelum Datuk Aziz berkahwin dengan Datin Hasimah Delan, saya pernah terhidu perhubungan cinta mereka berdua. Masa tu mereka saling bermain sms. Saya pernah ke Perlis menghadiri satu majlis perkahwinan rakan Datuk Aziz bersama Datin Hasimah tidak lama dulu. Ketika itulah saya mula diperkenalkan dengan bakal isterinya itu. Kami bertiga ke Perlis bersama tapi bila bermalam di hotel, Datuk Aziz tidur sebilik dengan saya, dan bakal isterinya di bilik berasingan.

Saya dan adik saya Yusof pergi ke Majlis Pernikahan dan Perkahwinan mereka di Masjid Shah Alam. Nasir P. Ramlee turut bersama.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan