MIMPI KE BINTANG TV2

Dokumentari Tv Kisaah Omara

Omara dalam Telemovie Kami Datang Nak Raya

Ke Pulau Pinang

Khamis, Oktober 16, 2008

Menyusun Buku P. Ramlee Di Zaman Kanak-Kanak Di Pulau Pinang

Februari 1981. Semasa mengkaji dan menyusun Riwayat Hidup P. Ramlee dari zaman kanak-kanak di Pulau Pinang, saya telah mendapat kerjasama dan kebenaran sepenuhnya dari abang seibu Allahyarham P. Ramlee iaitu Sheikh Ali bin Sheikh Muhammad dan anak tunggal Allahyarham Nasir bin Ramlee.
Foto di kiri ialah rakan-rakan P. Ramlee bergambar ramai - Antaranya: Omar Nawab, Shariff Mohd. Noor (rakan P. Ramlee), Nasir P. Ramlee (anak tunggalnya), Murad Jamal (jiran) , Sheikh Ali Sheikh Mohammad (abang P. Ramlee satu ibu berlainan bapa), Abdullah Darus (Pak Lah Tokoh Boria), Jamal Kongo (Razak), Mazlan Ahmad (Pak Mazlan), Yusof M. Hashim (adik saya/pelawak dan kartunis) dan Rashidah Jaafar (pelakon). rumah kelahiran P. Ramlee yang sebenar (asal) yang sempat saya rakamkan sebelum ianya diroboh dan dibina dengan rumah yang baru seperti sekarang di perkarangan Kompleks Pustaka Warisan Seni, Jalan P. Ramlee, Pulau Pinang.

Semasa saya menemuramah Sheikh Ali setiap kali bertemu dengannya
Kini, saya sedang menyusun buku P. Ramlee Di Zaman Kanak-Kanak di Pulau Pinang hasil dari penyelidikan dan temuramah saya sejak tahun 80'an dahulu. - Omara