MIMPI KE BINTANG TV2

Di Sepanjang Riwayat Omar Hashim Omara

Selasa, Mac 20, 2012

Piee Rakan Seni Yang Lama Bersama Saya

Pelawak/ Pelakon/ Seniman/ Penyanyi Shafiee Jaafar atau lebih dikenali dengan panggilan Piee tetap dikenang walaupun dia sudah berhenti dari kegiatannya. Kini Piee menghabiskan masa hidupnya dengan berehat bersama anak dan cucunya di Telok Bahang, Pulau Pinang. Menurut Piee, dia tak ingin berlawak jenaka lagi.
Saya kenal Piee dah lama, sejak zaman remaja lagi. Ketika itu Piee terkenal dan aktif dengan Kumpulan Boria Sungai Pinang, Pulau Pinang sebagai pelakon sketsa boria. Di awal tahun 90an saya telah menawarkan Piee merakamkan lagu-lagu jenaka dengan syarikat saya sendiri Omara Production bersama-sama dengan M. Shariff dan Maidin. Album pertama yang mendapat sambutan hebat sehingga kini ialah 'Untukmu Hijau Kuning' terjual lebih 200,000 unit (1991). Saya telah menyampaikan Gold Disc kepada mereka bertiga dalam satu majlis di Kuala Lumpur pada masa itu. Album kedua pula ialah 'Hijau Kuning Raya Sakan' dan ketiga 'Hijau Kuning Huru Hara'.
Ketika album tersebut sedang 'meletup' di pasaran, M. Shariff, Piee dan Maidin kerap mendapat undangan persembahan dengan nama Kumpulan Hijau Kuning. Saya bersama-sama dengan mereka di setiap pertunjukkan dan persembahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan