MIMPI KE BINTANG TV2
Dokumentari Tv Kisaah Omara
Omara dalam Telemovie Kami Datang Nak Raya
Ke Pulau Pinang
Ahad, Oktober 21, 2012
Craven A Dulu dan Sekarang
Lihat perbezaan dulu dan sekarang di lokasi yang sama. Foto dari Jamil Othman ini diambil di Macalister Road/Datok Keramat Road Pulau Pinang pada tahun 1930. Saya pergi semula ke lokasi yang sama tempat kedudukan gambar ini diambil dan merakamkan gambar terkini pada Mei 2012. Inilah hasilnya bila dulu dan sekarang dibandingkan.
Jumaat, Oktober 19, 2012
Selasa, September 04, 2012
Seniman Omar Rojik dalam Kenangan
![]() |
| Kenangan saya bersama-sama dengan Amin Khan dan Omar Rojik semasa buat pengambaran kat Butterworth |
Seniman/Pengarah
Filem Omar Rojik atau nama sebenarnya Omar Ali saya kenal di penghujung tahun
80an. Beliau telah mengarah drama Tv pertama terbitan saya iaitu 'Debu Debu
Tanjung' dalam tahun 1988 siaran TV3. Omar Rojik yang lebih mesra saya panggil
abang Omaq yang berasal dari Kedah senang mesra orangnya dan mudah diajak
berbincang. Sesekali dia datang ke rumah saya bersama-sama isterinya Seniwati
Norsiati yang kampung asalnya di Kampong Jawa, Butterworth.
Kali terakhir
saya menemuinya semasa kenduri kahwin anaknya Puteri yang diadakan di Kampong
Jawa, Butterworth. Beliau meninggal dunia mungkin dalam tahun 1998 di Selangor.
Saya tak sempat menziarahi jenazahnya.
![]() |
| Yusof Hashim (adik saya), Norsiati, Omar Rojik dan saya semasa berbincang mengenai Drama Tv Debu Debu Tanjung |
![]() |
| Omar Rojik |
Omar Rojik berhijrah ke Singapura di mana
ketika berada di situlah beliau bertemu dengan R. Azmi yang telah
mendapatkannya pekerjaan sebagai buruh kasar di Syarikat Malay Film Productions
(MFP). Dari situlah beliau mula mengenal dunia filem tempatan. Beliau merupakan
anak Melayu yang diberi peluang mengarah di Syarikat MFP. Pembabitan beliau
dalam bidang lakonan bermula apabila beliau telah diberi tugas memegang
beberapa peranan kecil hinggalah ke peranan yang agak besar.
Dalam perbualan dengannya, Omar Rojik
memberitahu dia ialah penulis cerita asal filem Dr. Rushdi, Antara Dua Darjat
dan Semerah Padi. Sebelum dia meninggal dunia, Abang Omar pernah datang ke
rumah saya mencari video vhs filem Antara Dua Darjat. Adik saya Yusof Hashim
ada simpan video yang dirakamkan dari tv ini dan Omar Rojik pinjam, katanya dia
nak buat semula filem ini berdasarkan dari cerita asal yang dihasilkannya dulu.
Dia juga pernah bercadang dan berbincang dengan M. Shariff hendak menghasilkan
semula filem A Go Go 67. Tapi malangnya kedua dua cadangan ini tidak berjaya
dilaksanakan hinggalah beliau meninggal dunia.
![]() |
| Omar Rojik sedang mengarahkan Drama Tv terbitan saya di Jelutong, Pulau Pinang tahun 1988 |
![]() |
| Omar Rojik penulis cerita Antara Dua Darjat |
Antara
filem-filemnya lakonannya ialah: Nasib Si Labu Labi, Sarjan Hassan, Panggilan
Pulau, Istana Impian, Miskin, Matahari, Rayuan Sukma dan beberapa buah lagi.
Filem arahannya pula ialah – Sayang Ibu, Talak, Mat Salleh Pahlawan Sabah, Si
Luncai, Gila-Gila,
Sayang Si
Buta, Lanang Sejagat, Puaka, Kalau Berpaut di Dahan Rapuh dan lain lain. Cerita asalnya pula ialah untuk
filem – Semerah Padi, Antara Dua Darjat, Sabarudin Tukang kasut, Talak, Dr
Rushdi, Si Luncai, Gila-Gila.
Omar Rojik juga
membuat skreen play (screenplay) untuk filem – Dandan Setia, Megat Terawis,
Sabarudin Tukang Kasut, Gila-Gila, Si Luncai, Mat Saleh Pahlawan Sabah, Talak.
![]() |
| Drama Tv terbitan saya VK Filem Production arahan Omar Rojik, lakonan Imuda |
Saya bertemu
kembali dengan isteri Allahyarham iaitu Norsiati semasa majlis akad nikah dan
perkahwinan Seniman Aziz Sattar yang diadakan di Masjid Shah Alam setahun yang
lalu. Semoga Roh Allahyarham bang Omaq ditempatkan Allah bersama-sama dengan
orang yang beriman dan dicucuri rahmat.
![]() |
| Omar Rojik dalam Filem Matahari |
![]() |
| Omar Rojik dalam Filem Sarjan Hassan |
Isnin, Ogos 13, 2012
Album Nostalgia HIJAU KUNING Keluaran Omara Production
Atas permintaan ramai, saya cetak album UntukMu Hijau Kuning dan Hijau Kuning Raya Sakan dalam bentuk CD.
Album album ini ialah terbitan dan keluaran saya sendiri pada tahun 1991 dengan logo Omara Production.
Artis artis yang terlibat ialah - M. Shariff, Piee dan Maidin. Penerbit - M. Shariff . Muzik - Zurah II pimpinan M. Shariff. Studio - Channel 11, Kuala Lumpur. Penerbit Eksekutif - Omar Hashim Omara
Sabtu, Ogos 11, 2012
Datuk L. Ramlie Sibuk Dengan Perniagaannya
Datuk L. Ramlie @ L. Ramlee @ L. Ramli... sibuk dengan perniagaannya sekeluarga sepanjang bulan puasa dengan membuka gerai Ramadhan yang menjual nasi daging, nasi tomato dan aneka jenis lauk pauk di hadapan rumahnya di Jalan Maju, Taman Haji Abdullah Fahim, Kepala Batas, Seberang Perai Utara.
Semasa berkunjung ke gerainya, Datuk hadiahkan saya nasi daging, dalca dan pajeri untuk kami sekeluarga berbuka puasa.
Sebelum tu nasi lemaknya yang dikenali sebagai 'Nasi Lemak Dara Pujaan' juga mendapat sambutan ramai di Kepala Batas. Semoga perniagaan anak beranaknya bertambah maju.
Khamis, Julai 26, 2012
Kawan Kawan Sekolah Rendah
Kawan kawan sekolah rendah masih dalam ingatan. Abdul Hamid Pak Wan dan Kamal Kamaruddin sama-sama dari darjah 1 Sekolah Kebangsaan Bagan Tuan Kechil, Butterworth. Ada yang jumpa kembali dan ada yang terus menghilang tidak tahu masih ada ataupun dah tiada. Semoga persahabatan kami terus hingga ke akhir hayat.
Sabtu, Julai 21, 2012
Sajak Dua Ombak dalam Majalah Filem 1976
Rabu, Julai 18, 2012
Afee U Topia Maya Percintaan
Afee U Topia, pada mulanya saya hanya kenal melalui Facebook pada tahun 2010 akhirnya menjadi rakan yang begitu mesra.Pada tahun 1991 ketika saya membuka perniagaan kedai OMARA yang menjual kasset lagu-lagu Melayu, Inggeris, Indonesia dan lain lain di Jalan Tenggiri Bandar Seberang Jaya, Seberang Perai, saya banyak menjual kasset nyanyian U Topia yang berjodol Maya Percintaan.Kerana terlalu kerap memainkan lagu-lagu nyanyiannya di kedai saya, akhirnya saya menjadi peminat Afee dan kumpulannya. Lagu-lagunya yang paling saya gemari ketika itu ialah Maya Percintaan dan Mithali Cintaku.
Walaupun sudah kenal di FB, tapi pertama kali saya jumpa Afee ialah semasa mengiringinya menyanyi dalam sebuah rancangan Astro iaitu Salih Yaccob Show. Kami berjumpa dalam studio shooting di Filem Negara Malaysia, Petaling Jaya.
Semasa kenduri kahwin anak-anak saya Asnurrani dan Nur Auni yang dilangsungkan di Seberang Jaya penghujung tahun 2011 lalu, Afee bersama isteri dan anaknya juga datang meraikan majlis ini. Disamping menyampaikan lagu-lagunya di majlis ini, dia juga sudi merenjis pasangan pengantin di atas pelamin.
Lirik lagu:
MAYA PERCINTAAN
Kasih sayang cinta terhalang
Alam indah hanya sementara
Mengapa ini harus terjadi
![]() |
| Foto kulit kasset ini sumbangan rakan saya Sdra Ismail Hashim dari blognya Aku Budak Penang |
Sampai bila harus begini
Janji manis hanya di bibir
Kau persendakan cinta yang suci
Aku kau tinggalkan
( 1 )
Maya percintaan ada madu ada racun
Manis cuma seketika
Kini pahitnya kurasakan
Hidupku sengsara
( 2 )
Hanya kenangan manjamu
Yang menggoda ingatanku
Engkau semakin menjauh
Biar ku terus memburu
Kepastian
Renda hatiku dah terluka
Merentasi rindu membara
Apakah ini sudah suratan
Untuk ku Oh Sayang
Ahad, Jun 10, 2012
Saloma dan L. Ramlie
Selasa, Mei 29, 2012
P Ramlee Tetap diKenang Selamanya
Sejak dulu lagi saya bersama persatuan saya KUDRAT sering menganjurkan majlis yang berkaitan dengan P. Ramlee. Gambar lama di atas ni 1980an kami menganjurkan Majlis Tahlil dan kenduri arwah kepada Allahyarham P. Ramlee dan Saloma.
Marilah sama sama kita sedekahkan arwah Al-Fatihah dan doa semoga Allah tempatkan ruhnya bersama dengan orang orang yang beriman.
Sabtu, Mei 05, 2012
Nasir P. Ramlee Yang Ku Kenal
![]() |
| Nasir semasa di rumah saya. Dari kiri pelakon Roslan Dayak, Yusof Hashim (adik saya), Nasir dan saya sendiri. |
![]() |
| Nasir bersama keluarga bapa P. Ramlee, Nyak Putih di Loh Sumawe, Sumatera |
Mohd Nasir ialah anak kandung bersama Junaidah (1953-2008). P. Ramlee juga mempunyai ramai anak-anak angkat, antaranya Sazali : Anak angkat (lahir 1958), Abdul Rahman : Anak tiri (anak Junaidah), Norma : Anak tiri (anak Noorizan), Armali : Anak tiri (anak Saloma dan A.R.Tompel), Betty : Anak angkat, Zakiah @ Zazaloma : Anak angkat (lahir 1963), Sabaruddin @ Badin : Anak angkat (1966-2007), Salfarina @ Dian : Anak angkat .
![]() |
| Nasir dan Syeikh Ali di rumah asal kelahiran P. Ramlee |
Seorang lagi anak Junaidah yang bernama Arfan : (1954-1998), ada yang mengatakan Arfan ialah anak P. Ramlee bersama Junaidah dan ada yang mengatakan tidak. Dulu saya pernah tanya Nasir sendiri mengenai Arfan dan katanya Arfan bukanlah anak kandung P. Ramlee. Beberapa orang rakan P. Ramlee juga memberitahu saya yang hanya Nasir seorang saja anak tunggal P. Ramlee. Paling terbaru 2 Mei 2012, saya bertanyakan sendiri Datuk Aziz Sattar mengenai anak-anak P. Ramlee dan dia memberitahu yang hanya Nasir seorang sajalah anak kandung P. Ramlee.
| Nasir dan ibunya Junaidah |
Saya pernah tidur di rumahnya (rumah asal P. Ramlee di Gombak) dan Nasir juga kerap tidur di rumah saya bila dia datang ke Pulau Pinang atau sebelah utara. Perhubungan kami amat karib dan Nasir sering menceritakan setiap masalah yang dihadapinya dan saya juga begitu dengan berterus terang. Sesekali ada juga kami berselisih pendapat dan pernah tidak bercakap atau berhubung selama setahun. Semuanya berpunca kerana Nasir suka merajuk. Aziz Sattar cuba hubungkan kami semula dan selepas itu kami terus berbaik-baik hinggalah di akhir hayat Nasir pada tahun 2008.
![]() |
| Nasir dan saya semasa pengambaran dokumentari DBP |
Sebelum itu Nasir telefon saya beritahu Aziz Sattar sakit. Saya terkejut dan segera telefon Aziz Sattar. Tapi anehnya, Aziz Sattar memberitahu Nasir sendirilah yang sedang sakit. Bila saya telefon semula bertanyakan Nasir, dia kata tak ada apa, dia sakit sikit saja.
![]() |
| Nasir bersama adik saya Yusof Hashim dalam satu persembahan pentas di Bukit Mertajam |
![]() |
| Saya, Nasir, Ibrahim Pendek dan Kuswadinata di Chow Kit, Kuala Lumpur |
Isnin, April 23, 2012
Artikel dalam Berita Harian Penjualan Rekod di Kedai Kedai Semakin Laris
Artikel tulisan saya yang disiarkan di Akhbar Berita Harian pada tahun 1975 dengan tajuk - Penjualan Rekod di Kedai Kedai Semakin Laris.
Selasa, Mac 20, 2012
Piee Rakan Seni Yang Lama Bersama Saya
Pelawak/ Pelakon/ Seniman/ Penyanyi Shafiee Jaafar atau lebih dikenali dengan panggilan Piee tetap dikenang walaupun dia sudah berhenti dari kegiatannya. Kini Piee menghabiskan masa hidupnya dengan berehat bersama anak dan cucunya di Telok Bahang, Pulau Pinang. Menurut Piee, dia tak ingin berlawak jenaka lagi.
Saya kenal Piee dah lama, sejak zaman remaja lagi. Ketika itu Piee terkenal dan aktif dengan Kumpulan Boria Sungai Pinang, Pulau Pinang sebagai pelakon sketsa boria. Di awal tahun 90an saya telah menawarkan Piee merakamkan lagu-lagu jenaka dengan syarikat saya sendiri Omara Production bersama-sama dengan M. Shariff dan Maidin. Album pertama yang mendapat sambutan hebat sehingga kini ialah 'Untukmu Hijau Kuning' terjual lebih 200,000 unit (1991). Saya telah menyampaikan Gold Disc kepada mereka bertiga dalam satu majlis di Kuala Lumpur pada masa itu. Album kedua pula ialah 'Hijau Kuning Raya Sakan' dan ketiga 'Hijau Kuning Huru Hara'.
Ketika album tersebut sedang 'meletup' di pasaran, M. Shariff, Piee dan Maidin kerap mendapat undangan persembahan dengan nama Kumpulan Hijau Kuning. Saya bersama-sama dengan mereka di setiap pertunjukkan dan persembahan.
Langgan:
Catatan (Atom)


















































