
dengan blognya myfr3ak telah memberi penghormatan menyiarkan kisah saya dan blog ini.
Tahun 2006.
Menguruskan lukisan, tatahias dan cetak Buku-Buku Pusat Sumber Jabatan Pendidikan Pulau Pinang 'Buku Bacaan Bergred'.
Antara buku-buku ini ialah : AKI, BABA, BONDA, DIN, USOP, AKI dan HAMID.
Setiap muka surat disertakan dengan gambar yang menarik. Gambar yang terdapat dalam buku ini dapat menarik minat murid untuk membaca. Perkataan yang digunakan dalam buku ini semuanya perkataan VKV, KVKV, KVK, VKVK, KVKVK dan KVKKV sahaja. Banyak perkataan yang digunakan secara berulang. Teks bacaan disusun secara berperingkat-peringkat daripada satu ayat yang mudah kepada ayat-ayat yang lebih susah.
Datin Saadiah Baharom, 67, meninggal dunia di kediamannya di Taman Melawati dalam tahun 2005.
FILEM LAKONAN: Racun Dunia (filem pertama, 1950), Bakti, Takdir Ilahi, Kembar, Aloha, Dewi Murni, Pembalasan, Penghidupan, Juwita, Bapa Saya, Manusia, Anjoran Nasib, Sedarah, Gadis Peladang, Yatim Piatu, Kerana Kau, Istana Impian, Kecewa, Insan, Kembali Seorang, Penarik Beca, Ribut, Hang Tuah, Semerah Padi, Kasih Sayang, Mogok, Sarjan Hassan, Musang Berjanggut, Dandan Setia, Antara Dua Darjat, Isi Neraka, Putera Sangkar Maut, Aneka Hiburan, Indera Bangsawan, Panji Semerang, Mas Merah, Siti Muslihat, Korban, Dupa Cendana, Mambang Moden, Jeritan Batin, Pusaka Pontianak, Takdir, Melancong Ke Tokyo, Lampong Karam, Anak Buluh Betung, Nora Zain - Ejen 001, Ibulah Syurga, Sial Wanita, Jahanam, Permintaan Terakhir, Sumber Ilhamku, Ceritaku Ceritamu, Sumpah Semerah Padi dan Matinya Seorang Patriot (1984).
Perkahwinan pertamanya dengan Ahmad Samad atau Atan, bertahan selama tujuh tahun dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Azizah, Noraini dan Rohaya. Saadiah kemudian berkahwin dengan Ahmad Daud dan melahirkan tiga anak, Fauziah (Ogy), Faizal dan Fazlina.
Sebuah artikel tulisan saya jodol 'ENJIT-ENJIT SEMUT Lagu Pantun Penuh Sindir' disiarkan di akhbar Utusan Pengguna Mac/April 2008 Ruangan Budaya m.s. 14.
Petikan artikel:
"........salah satu lagu rakyat yang dilupai oleh anak-anak sekarang ialah lagu Enjit-Enjit Semut. Lagu ini permainan untuk kanak-kanak yang tidak perlu menggunakan tenaga atau memerlukan ruang di halaman atau di padang. Ia cukup di dalam rumah, anjung, beranda atau di halaman tempat berehat waktu lapang.
Ia mencerminkan kesepakatan dan keakraban sesama kawan. Ia dinyanyikan bagi memberitahu bagaimana sesaorang, jika mempunyai kepentingan atau ingin selesa, berubahlah segera untuk mendapat keadaan yang lebih baik........"
Bandingkan dua gambar ini. Pertama, gambar asal yang saya ambil semasa M. Shariff (masih bujang) tinggal di Wisma Belia, Kuala Lumpur dalam tahun 1973. Gambar ini saya ambil dengan kamera biasa yang berharga RM18. (Kamera pertama saya dibeli kongsi dengan adik saya Yusof). Kedua, gambar logo M. Shariff Production di penghujung tahun 80an. M. Shariff jadikan logo penerbitan album-albumnya dengan menambahkan kaca mata pada gambar yang saya ambil ini.
Saya mula berkawan rapat dengan M. Shariff sejak tahun 1973. Ketika itu M. Shariff tinggal di bilik sewa di Wisma Belia, 40 Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur. Saya baru berjinak-jinak menjadi Wartawan Sambilan Akhbar Berita Harian ketika itu. Saya banyak menulis artikel-artikel hiburan dan puisi.
Darjah 4, Sekolah Kebangsaan Bagan Tuan Kechil, Butterworth Tahun 1964.
Saya harap, kawan-kawan sekelas saya yang gambar tertera di sini atau keluarga mereka bolehlah menghubungi saya kerana bercadang nak adakan pertemuan kembali di sekolah ini, di tempat yang sama dan Cikgu yang sama untuk bergambar semula seperti ini. Telefon saya - Omar - 013 4220091.
Antara nama yang saya masih ingat - Idris Zakaria, Kadir, Romainoor, Mokhtar, Aziz, Bahar, Zainal Abidin, Omar Syed Abu Tahir, Ibrahim, Che Pi, Kamal Kamaruddin, Hamid Pak Wan, Manogran, Kamaruddin Salleh, Rahim Che Ros, Yusof Md. Isa, Zaini Ismail, Ariffin Darus, Cikgu Fatimah, Norsiah Yunus, Norliah Ismail dan Insun. Setakat ini saya hanya pernah juma kembali Romainoor, Omar Syed Abu Tahir, Kamal Kamaruddin, Hamid Pak Wan, Kamaruddin Salleh, Zaini Ismail, Cikgu Fatimah, Norsiah Yunus dan Insun. Yang lain-lain tiada khabar berita....
Setakat ini beberapa orang rakan termasuk guru telah saya temui. Harap ramai lagi yang dapat dihubungi. Kemungkinan besar sekolah lama ini akan dirobohkan, saya dah bertanya dengan guru besar sekarang (2009) Cikgu Mat Jan.
Gambar Kiri - Saya semasa dalam darjah 2 (Tahun 1962)