MIMPI KE BINTANG TV2

Di Sepanjang Riwayat Omar Hashim Omara

Ahad, Julai 05, 2009

Tak Sangka Gambar Lama Saya Di Astro Awani


Sedang asyik menonton Tv Astro Awani (Channel 501), tiba-tiba saya rasa macam tak percaya gambar lama saya (hitam putih) dengan Dato' Sharifah Aini muncul di kaca tv. Gambar ini dipaparkan dalam promo Sharifah Aini In Person yang akan disiarkan di Astro Awani pada 30 Julai 2009 akan datang.

Selepas itu saya dapati promo dan gambar ini terus disiarkan berkali-kali di Tv. Tak sabar rasanya nak tonton rancangan ini apabila keluar siarannya di Tv nanti. Gambar ini kalau tak silap diambil dalam tahun 1976 di Dewan Sri Pinang Pulau Pinang. Ketika itu saya belum berkahwin lagi. Saya banyak mengikuti persembahan Dato' Sharifah Aini ketika itu dan pernah juga mengendalikan sebuah Konsert Sharifah Aini Dan Sudirman yang diadakan di Padang BMRC Bukit Mertajam, Seberang Perai. Saya juga pernah saksikan kehebatan Dato' Sharifah Aini berlakon dalam sebuah Teater Muzikal ''Kuala Lumpur'' dalam tahun 1973 di Kuala Lumpur.

Kepada Dato' Sharifah Aini saya ucapkan selamat maju jaya. Masih terngiang-ngiang di telinga apabila mendengar kelunakan suara Dato' Sharifah Aini mengalunkan bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran semasa dalam kereta saya di Pulau Pinang. Saya dapati Dato' Sharifah Aini dapat menghafal agak panjang Ayat-Ayat Al-Quran yang dibacanya hingga saya ada mencadangkan kepadanya supaya masuk Musabaqah Al-Quran. Dato' senyum saja....

Saya siarkan sekali lagi gambar yang dipaparkan ini. Saya dan Dato' Sharifah Aini Tahun 1976.

4 ulasan:

  1. artis zaman dulu agak seksi ya en Omara..tapi org dulu2 tak kesah pun..zaman sekarang kalau seksi cam gambar Syarifah Aini ni mesti kena kecamm..zaman dah berubah...
    bertuah En Omara dpt bergambar dgn artis dulu2..dptlah buat kenangan......tahniah gambar masuk Astro..

    BalasPadam
  2. Ya Khadijah... orang sekarang dah banyak berubah. Wanita ramai yang sudah menutup aurat. Alhamdullilah. Ini menunjukkan ajaran Islam sudah makin berkembang.

    BalasPadam
  3. tudia mamu, sideburn memang gempak!
    segak depa masa muda noh..

    BalasPadam
  4. Luth, masa tu semua ok lah. Tapi sekarang rambut pun dah tinggal beberapa urat sahaja... he hehhh he

    BalasPadam