MIMPI KE BINTANG TV2

Di Sepanjang Riwayat Omar Hashim Omara

Jumaat, Julai 24, 2009

Ahad dan Jumaat Depan Boria Di Radio


Ramai yang bertanyakan saya bilakah rancangan Boria akan keudara siarannya di radio seperti yang saya sebutkan sebelum ini? Sukacita diberitahu, mengikut penerbit-penerbitnya adalah seperti berikut:

Radio Malaysia Mutiara FM Pulau Pinang
Ahad 26 Julai 2009 jam antara 3.00 ke 4.00 Petang (kemungkinan 3.30 ptg)
Kumpulan Boria BISTARI Butterworth

Radio Malaysia Klasik Nasional
Jumaat 31 Julai 2009 jam 7.45 malam

Saya ucapkan terima kasih kepada RTM, satu-satunya media yang masih memberikan tempat kepada kesenian warisan negara ini. Diharap radio-radio swasta yang lain juga akan mengikut jejak RTM dengan memberikan tempat kepada seni dan budaya bangsa yang hampir pupus ini.

Gambar Kiri: Kamaruddin Haniffa, Penerbit Boria Mutiara FM P. Pinang
Gambar Kanan: Rosli Derani, Penerbit Boria (Dendang Rakyat) Radio Klasik Nasional


2 ulasan:

  1. lama dah tak jumpa rosli derani. Dulu panggil dia rosli tanjung.

    BalasPadam
  2. Ya Pok Li, Rosli asal orang tanjung (Penang).

    BalasPadam