MIMPI KE BINTANG TV2

Di Sepanjang Riwayat Omar Hashim Omara

Sabtu, Ogos 08, 2009

Ismail Jaafar Pemenang Pencipta Nama Proton Saga Pertama



Berikutan hasrat kerajaan untuk mengeluarkan kereta buatan Malaysia, seluruh rakyat telah dipelawa untuk mengambil bahagian menamakan motokar nasional tersebut. Peraduan anjuran Perusahaan Otomobil Nasional (Proton) telah menarik penyertaan 102,823 orang. 

Staf Sarjan Ismail Jaafar yang bertugas di Markas Tentera Dua Divisyen di Pulau Pinang telah diisytihar pemenang apabila beliau menamakan motokar nasional sebagai Proton Saga. Pelancaran Proton Saga telah dilakukan oleh Y.A.B. Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad pada 1 September 1985. 

Gambar Kiri: Pemenang Pencipta nama kereta Proton Saga Yang Pertama Staf Sarjan Ismail sedang mengangkat tangan doa (kanan) dengan bapa saya Hj. Md. Hashim Taib (sebelah kiri) di satu majlis.

Sebagai anak Pulau Pinang saya gembira kerana pencipta namanya juga dari Pulau Pinang.

It’s been a long time since Proton involved the public in naming its model; 24 years to be exact. Back in 1984, the company invited Malaysians to name the very first model of the Malaysian National Car and 102,823 entries were submitted proposing 334 names, of which three were short-listed – Saga, Perdana and Gagah. As we now know, Saga was chosen and of the 11 entries that had proposed that name, the one from Ismail Jaafar of Penang was picked as the lucky winner of a Proton Saga 1.3S.

6 ulasan:

  1. Salam
    Di mana beliau sekarang?. Adakah beliau masih menyimpan proton saga tersebut?

    BalasPadam
  2. Salam Azman,
    Terima kasih. Saya tak berani nak tulis di sini kerana takut tersilap fakta. Yang saya dengar beliau telah meninggal dunia. Mungkin selepas ini kalau keluarganya terbaca artikel di atas bolehlah mereka terangkan sendiri mengenai beliau.

    BalasPadam
  3. dia mendapat sebuah proton saga kan?
    saya ada baca juga pasal dia, tapi tak tau detail

    BalasPadam
  4. Ya, Luth,
    Beliau dihadiahkan dengan sebuah kereta proton saga. Rezeki yang tidak disangka-sangka nampaknya...

    BalasPadam
  5. Staf Sarjan Ismail masih hidup

    http://exorian.blogspot.com/2010/12/i-remember-when-i-named-proton-saga.html

    BalasPadam
  6. Siapa yg beli kereta Sarjan Ismail masa dia jual kereta dia utk pendidikan anak2..?

    BalasPadam