MIMPI KE BINTANG TV2

Di Sepanjang Riwayat Omar Hashim Omara

Ahad, Ogos 02, 2009

Maidin Dah Keluar IJN, Terus Sambung Lakonan

Alhamdullilah Maidin dah sihat. Dia dah keluar IJN dan berada di rumah anaknya di Kuala Lumpur. Khabarnya Maidin akan terus menyambung lakonannya dalam siri Gerak Khas arahan Majid Salleh terbitan Dato' Yusof Haslam.

Pelawak Maidin Ibrahim baru-baru ini dikejutkan dengan masalah gangguan kesihatannya dan telah dimasukkan ke IJN Kuala Lumpur. Semoga beliau terus pulih dan sihat seperti sediakala. Dalam babak lakonan yang akan disambung semula, Maidin akan diberikan dengan lakonan ringan yang tidak banyak buat pergerakan.

Maidin yang tinggal di Sungai Petani, Kedah sebelum ini kerap ke Kuala Lumpur kerana undangan persembahan, rakaman dan pengambaran.

5 ulasan:

  1. Salam ziarah.
    Semoga Maidin meneruskan perjuangan seninya seperti sediakala dan cepat sembuh. Amin.

    Asal Maidin dari Sg Layar, Sg Petani..kalau tak silap.

    BalasPadam
  2. Salam ziarah.
    Semoga Maidin cepat sembuh dan dapat meneruskan perjuangan seninya seperti sediakala.

    Kalau tak silap, rumahnya di Sg Layar, Sg Petani.

    BalasPadam
  3. Salam. Terimakasih Zaidi Ali,
    Ya benar, memang Maidin sekarang tinggal di sebuah taman dekat Sg. Layar, Sg. Petani tapi dia dilahirkan di Sg. Puyu, Butterworth.

    BalasPadam
  4. Salam Omara.
    Maidin orang Butterworth rupanya.
    Blog sdr ini memang menarik, banyak foto-foto menarik yang mengembalikan nostalgia. Tahniah & teruskan.

    BalasPadam
  5. Ya, terima kasih, Zaidi.
    Apa yang saya tulis di blog ini hanyalah untuk berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan semua. Banyak lagi gambar-gambar lama dalam simpanan saya, insyaalah saya akan masukkan satu demi satu...

    BalasPadam