MIMPI KE BINTANG TV2

Dokumentari Tv Kisaah Omara

Omara dalam Telemovie Kami Datang Nak Raya

Ke Pulau Pinang

Jumaat, Mei 29, 2009

Datuk Aziz Sattar Pulih. Muncul Di Klasik Nasional



Alhamdullilah! Seniman Datuk Aziz Sattar sudah sihat dan petang tadi 29hb. Mei 2009 beliau telah berada di Konti Klasik Nasional Kuala Lumpur kerana menjayakan rancangan khas mengenai hari ulang tahun pemergian Tan Sri P. Ramlee. Dalam temubual di rancangan tersebut Datuk telah menceritakan kenangannya bersama Tan Sri P. Ramlee terutamanya di saat-saat akhir pemergian Seniman Agung itu.

Saya gembira dan bersyukur kerana kesihatannya telah kembali pulih. Kami doakan semoga Datuk diberkati Allah dalam sihat sejahtera. Menurut Datuk Aziz Sattar, sahabatnya Seniman S. Shamsuddin kini terpaksa berulang alik ke Hospital kerana tidak berapa sihat.

Gambar ini diambil semasa saya berkunjung ke rumahnya di Shah Alam dalam tahun 2003 selepas beliau sembuh dari sakit.

5 ulasan:

  1. selamat datang orang Kelantan (joegrimjow). terima kasih.

    BalasPadam
  2. Salam pakcik....menarik membaca blog ini seolah-olah sy masuk melalui kehidupan pakcik. Semoga dipanjang umur dan dimurahkan rezeki...

    -afero

    BalasPadam
  3. Terima kasih Afero, Doa Afero semoga dipanjang umur dan dimurahkan rezeki pakcik aminkan....Amin! Dan dari Pakcik, Pakcik doakan semoga afero juga diberkati Allah, panjang umur, murah rezeki dan terus berjaya dalam menempuh kehidupan ini. Berusaha dan berserah kepada Allah, InsyaAllah!

    BalasPadam